Jun 27, 2009

weeeeehuuuuu...



giler lama tak update blog. kangen banget... hehehe... memang banyak sangat benda nak cerita. dan nak dijadikan cerita - di chenderong balai, celcom broadband hanya jadi perhiasan. cehhhh...

ya... begitulah ceritanya. aku dah start praktikum sekarang - lepas cuti panjang tiga minggu yang hanya menggemukkan aku itu. (hahaha... serius, aku gemuks sekarang. masa balik kampung hari tu, semua pun duk cakap benda yang sama... adehhh... aku kena ambik langkah drastik nampak gayanya untuk mendapatkan shape seperti suatu ketika dulu. agaknya, boleh kot tercapai sebab masa praktikum ni hanya makan pada waktu rehat. itupun tak makan nasi, makan mee kari, makan mihun sup... errr, gamak2nya benda ni bisa menggemukkan nggak? huhu...)

hari ahad lepas, kami (aku, lina, mas dan su) bertolak jam kurang lebih 1400hrs dah. yang kunun2nya nak gerak jam 1200hrs tu... (lina ler, tetiba lak nak gi jj. dan aku yang malas2 nak angkut barang2. sekali kelam-kabut angkut barang sampai sakit tangan beb...). sampai chenderong balai, terus telefon pak cik sidik. dia datang hantar kunci... lepas tu bermalas2 lagi dalam rumah. barang2 bersepah ajok dalam kereta. tapi bila tengok su ngan mas duk sibuk ngemas2, aku pun buat2 sibuk ajerla (padahal... hari rabu baru siap kemas barang2 aku... haha, giler pemalas!)

aku suka kat sana. best. aman. damai. tenang. kampunglah katakan... dengan sawah yang menghijau - terbentang luas, saujana mata memandang. (ok... aku ngaku aku jakun. even, aku pun orang kampung. tapi kampung aku hutan ajer...)

pagi2 pergi sekolah, saja bukak tingkap kereta luas2. dia punya angin sejuk, berkabus, dengan embun2 kat hujung daun padi... perghhh... sukeeeee sangattttt suasana tu. balik tengahari kena tutup tingkap jugak sebab paneh giler... tapi bila petang, naik motor ngan lina... best, best, besttttt...

murid2 kat sk sungai tungku ni majoritinya anak2 pesawah. ada sikit2 anak pemandu, pekerja kilang... dia punya ramah... memang tak dan nak melayan. yang lawak, masa hari rabu hari tu, aku ngan lina pakai uniform krs - depa tak pernah tengok, cikgu2 depa pakai baju biasa ajer kat sana. depa siap tabik kami. bila masuk kelas... belum sempat bagi salam dah berlumba2 nak salute. hehehe... chumel sehhh depa... aku dapat kelas 1 Bestari, 3 Bestari dan 4 Inovatif. kat sana, kelas yang depan tu kelas Bestari. yang kelas Inovaif tu kelas belakang. aku dah aim dah 2, 3 orang murid yang memang trouble maker... huhu... cane lah nak tackle depa ni. next week dah nak kena observe dah. tapi, nasib guru pembimbing oke. dia pulak yang sibuk jumpa kitorang bagitau itu.

dalam pada seronok kat chenderong balai tu, aku kangen juga dengan ipoh. rindu pada giant. rindu pada lake view... rindu pada kawan2. haihhh...

jadinya, lepas sekolah tadi (ingat nak pecut balik ipoh terus, tapi mata ngantuk. serius. sepanjang minggu kat sana - satu malam pun aku tak dapat tidur dengan lena. aku rasa tak selamat. rumah tu rumah batu. rumah kampung. aku tidur kat atas karpet kat ruang tamu aje, sebab toto tak bawak. huhuhu.. yang jadi tak lenanya, macam yang aku cakap tadi... rasa tak selamat. rasa anytime jer ada orang boleh masuk. rumah atas tanah macam tue, dengan pintu - tingkap semua tak bergrill, tak ada penyelak tambahan... rasa macam ada jer orang intai dari tingkap. tingkap cermin lak.) okay, dah melalut dah tu... sambung balik, jadinya, lepas sekolah tadi... terus balik umah. tidur dulu. dapat sejam jadilah. tapi, tak sampai sejam pun... dah last2 tu jer baru dapat tidur. tersedar sebab lina dah macam kelam kabut bangun. lepas mandi dan solat... memecut ke ipoh. lupa dah perut lapar. sampai gopeng, perut dah berkeroncong. jadi, singgah ajer di petronas - beli air milo ngan roti. makan. kenyang. perut lega. sambung balik perjalanan.

yana mintak amik dia di medan kit. otw saja. amik yana. pergi taman cempaka, nak fotostat segala macam benda itu. beli barang2 nak buat folio. dan balik ke ulu kinta dengan jayanya...

skang kat rumah pijah. update blog ini... gue kangennnnn nak blog hopping neh... takpe, malam ni, konfem... pulun.




1 comment:

ije said...

betul2. walaupun x wajib, kadang2 rasa rindu sangat nak jalan2 kat blog kawan2. tapi masa tu yang xde tu. isk