Jun 2, 2009

tak hormat orang ?



aku dah kat kl. tadi temankan adik pergi buat kiriman wang untuk ambil exam muet. aku pergi pejabat pos yang kat sebelah petronas setiawangsa.

aku amik nombor. tengok2 skrin, lagi dua orang dah tiba nombor aku. aku pun kelam kabutlah nak isi borang kiriman wang tu. tiba2 ada pakcik kat kaunter yang kitorang duk menulis tu sound.

'kalau tak reti hormat orang, memang buat kerja satu apa pun takkan jadi.'

err... aku dengan adik pandang pakcik tu dengan muka tak faham. memang dia sound kitorang. tapi, apa yang kitorang dah buat sampai dia cakap kitorang tak hormat dia? tapi... sebagai anak malaysia yang bersopan santun, kitorang pun mintak maaflah even kitorang tak tahu apa salah kitorang pun. tapi dia sound balik...

' saya tak marah, saya cuma cakap... kalau tak reti hormat orang memang buat apa pun tak jadi.' sambil mata dia jeling kat borang muet adik kat atas kaunter menulis. lepas tu dia blah. volume boleh tahan pulak tu. dah habis satu pejabat pos tu tengok kitorang. bengong betul...

aku dengan adik tertanya-tanyalah. pa benda kitorang dah buat? jenuh recall. jenuh flashback. jadi kami rumuskan begini.

  • dia marah sebab kami tak tegur dia. 'assalamualaikum pak cik, pak cik apa khabar? dah makan? boleh kami tumpang kaunter ni?'
  • dia marah sebab kami bising kot. errr... tapi volume memang dalam kawalan je tadi.
  • dia tak ada ruang nak menulis kot. sebab adik letak fail saiz a4 atas kaunter tu. jadi menyempitkan ruang dia nak menulis.
  • kami tak senyum kat dia.
  • dia memang ada tekanan perasaan.
haihhh... entahlah. walaupun ada rasa tak puas hati, tapi perayalah kami tak berniat pun nak berkurang ajar. bengang juga sebab dah termalu kat situ. nasib baik tak ramai orang kat pejabat pos tadi. rasa nak keluar kejar je pakcik tu dan tanya balik kat dia apa yang kami dah buat sampai dia rasa kami tak hormat dia. dahlah... macam memberi sumpahan kat adik yang nak hantar borang muet tu.

tak apalah pakcik... mintak maaf banyak2 nooo... 



3 comments:

Princess Liyana said...

ek eleh..sabo jela kak..at least, make it clearla..apa slh kita.alaahai..ni tiba2 ckp gitu..kuat2lak tu..tk patut2..

Kuda Kertas said...

sedih sungguh cte kamu..bwk2 r b'sbr..ade hikmah tu..

p/s: sje singgah..salam pknln..

Alien said...

simpati aku baca nya....

tu adalah TULAH disebab kan ko ckp aku mcm alien....

x patut wo statement tu.....