Jun 1, 2009

hari ahad



adik dah sampai dari kl. tadi pagi, yang tak berapa nak pagi dah... aku angkut dia, pijah dan mastura gi makan kat mamak. hahaha... dah nak habis sem satu baru sempat merasa makan breakfast kat ulu kinta ni... sepanjang2 ni, jangan haraplah muka aku nak ada kat mana2 kedai untuk breakfast. tidur lagi enak... errr, tapi lepas solat subuh lah. ye la... selalunya kalau aku hari2 cuti kat sini, pukul 10 - 11 pagi baru reti nak bangun tidur. lepas mandi, kalau rajin aku bancuhlah milo minum sama biskut iko. kalau tak rajin minum air mineral je lepas tu terbongkang depan tv tunggu pijah roger nak ajak gi makan tengahari. lepas makan tengahari balik rumah, kalau ada kain baju nak basuh masa ni lah baru terhegeh-hegeh nak basuh. kalau tak duk la buat esaimen sambil mata duk tengok tv jugak. lepas maghrib pulak baru jumpa makanan. selalunya cuti2 rumah sewa aku memang tak de orang. semua dah berdesup balik kampung - maklum je le... depa semua ada family. aku aje yang lone ranger. giler sunyi kalau hujung minggu, sebab tu aku selalu heret si pijah temankan aku tidur kat rumah aku.

back to kedai mamak pagi tadi ye. lepas makan tosai sekeping sorang. singgah giant tambun yang jadi tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat membeli-belahan selama 6 bulan kat sini. hehehe... tujuan ke sini temankan pijah gi beli kertas a4. dan adik aku yang nak beli toto harga 37rm. giler murah aku rasa.

lepas tu balik aje rumah, aku terus ngadap lappy usangku. siapkan esaimen. macam2 manapun kena siapkan jugaklah coz esok dah nak kena hantar dah. giler pulun... sampai tak peduli makan minum lagi dah. sampai tertidur2 adik aku. zalim betul. 

dah malam baru nak merayap keluar cari makan. port best malam tadi adalah kat liswan. air limau ais dia memang A+ lah. haaa... aku pun jumpa la ngan adik angkat aku tadi kat situ. rupaya... dia yang hari ini - yang 24 tahun ni, sama ajer ngan dia yang 18 tahun dulu. yang kali pertama aku jumpa tu. tapi, bile tengok gambar2 dia kat handphone dia... rupanya dah ada transformasi. dia sedikit berisi dulu. balik dari timor leste ni ajer baru nak kurus katanya. ohhh... tak apa lah. mana2 pun janji sehat walafiat ajer.

balik makan. mastura ngan pijah tunggang langgang siapkan esaimen. aku bantai tidur dulu. tetiba rasa ngantuk giler. tapi baru je nak lelap mata ada sms masuk. baru nak lelap mata ada sms masuk. si adik angkat itu la. masih duk bertanya itu dan ini. tak buleh nak sound, dia ni sensitif sikit. bayangkan aje tadi pagi masa dia call and dia tanya aku buat apa, then aku jawab aku buat macam2... pun buleh dia sentap. haihhh... aku kan ganas. cakap macam gitu kira sangat normal dah. ehh... tapi kan lepas tu aku terlelap juga. sms dan diam. aku syak dia dah tertidur la tu. dekat pukul 0130 aku sedar balik. terus tunggang langgang siapkan esaimen. memang giler last minute person betul aku ni. ngeee...

dan tadaaaa... sekarang dah siap. ngadap blog dulu sebelum melangkah ke bilik tidur. itupun kalu sempat melangkah, kalau tak sempat... tumbang kat ruang tamu rumah pijah yang berselerak ni pun kira jadilah. hehehe... kena update blog banyak2 sebab nanti balik kampung tak tahu aku sempat gi cc nak update blog entah tidak. huhuhu...

okaylah... nak jalan2 blog lain pulak ah...




3 comments:

ije said...

haha. nasib baik boleh bangun 130am utk buat assignment. =)

bila balik kg?

hanis said...
This comment has been removed by the author.
hanis said...

itu le pasal... hehehe...

akak balik kg pagi selasa. jom meh gi jalan gua musang je...