May 30, 2009

sunyi



ipoh macam sunyi. ulu kinta macam sunyi. ipgm kampus ipoh lagi sunyi. permai lake view apartment lagi giler sunyi. damn... tiba2 aku rasa giler sedih. sedih pun tak giler macam aku. ehhh... giler bangang punya ayat cikgu bm neh. hahaha...

tapi betul tetiba rasa sedih balik. semua yang lain dah balik. tinggal aku dengan pijah terkontang-kanting. masuk tengahari baru mastura roger aku. so, kami bertiga ajer yang ada makan nasi kat depan maktab. lagi giler sedih. rasa macam hilang sesuatu... damn. duduk lake view lagi sedih... giler sunyi tak ingat bila semua kawan2 dah balik kampung memasing.

bajet nak kemaskan barang2, basuh baju yang menimbun dan siapkan esaimen pengurusan sumber. tapi hampeh... dah habis hari sabtu ni pun. baju dah basuh tapi tak sidai lagi... giler pemalas aku neh. barang satu hapa pun tak kemas. lagi aku buat kecah lagi adalah. hahaha... esaimen pengurusan sumber, main cuit2 ajer. huhuhu...

petang tadi ma call. tanya bila aku nak balik. sayu siot... rasa nak terbang terus balik dalam pelukan ma. sabar... sabar... tapi sebab tak tahan sedih, aku suruh adik datang dari kl. meh bercuti kat ipoh ni meh... hehe. sebagai adik yang taat sekarang ni beliau dalam perjalanan datang dengan ktm. pukul 1 pagi sat g aku, pijah n mastura akan merayap keluar gie amik dia pulak. 

tadi pergi makan dengan abe yan. dah tentulah si pijah n mastura ikut sekali. sembang2 sikit. giler sedih nak berpisah dengan abang kesayangan. huhuhu... giler emo aku sekarang ni. aku pun pinjam handphone abe yan sms si bulan. kerja ni dah lama aku buat dah. asal ada peluang je, aku cilok handphone abe yan dan sms si bulan. si bulan pun tahu aku yang sms... giler bangang la kalau dia ingat abe yan sms dia pakai cakap awak-saya. mesti dia cakap abe yan buang tebiat nak sms bagai walhal depa menyewa satu umah.

yang buat aku tetiba rasa melayang ke langit ke tujuh tu ialah pada suatu malam abe yan beritahu aku melalui sms yang si bulan ada sebut nama aku masa depa duk barbeque. sebabnya, aku pernah view page fs dia. then dia view balik. pastu aku sebagai makhluk yang transparent memang tak pernah nak private fs aku. dia bacalah semua biodata aku. cehhh... tetiba je rasa cam artis lak. kat situ aku tulis yang aku minat ngan karya faisal tehrani (emm... semua orang yang tegur aku termasuk mamat macho tu adalah sebab aku minat faisal tehrani. berkuasa sungguh faisal tehrani dengan kehidupan aku.) err... back tu bulan ye. lepas beberapa sms... aku pun beranikan diri mintak nombor handphone bulan. aku tak berani nak amik nombor dia walhal dah banyak kali abe yan offer kat aku. aku nak mintak permission dari bulan dulu. baik kan aku... hahaha. 

si bulan kemudiannya bagi keizinan kat aku untuk menyimpan nombor handphone beliau. giler seronok aku. pastu baru la sembang2 pasal novel. pastu stop sebab dia nak tengok bola katanya. pastu dia sms balik tanya aku plan apa cuti ni. hahaha... tengah seronok ni. ehh... tak baik seronok2 sangat. istighfar... istighfar...

dah la... nak layan cerekarama pulak la.



4 comments:

pandagumuk. said...

cerekarama tadi x best.wuwu.

ije said...

studi katne? ipgm? wahh.. jpe geng!~

hanis said...

salam...
panda, betul sangat. tak best... hehehe...

ije, akak kat ipgm kampus ipoh. kpli student... hehehe

ije said...

ohh. kpli. =D ehe.