May 29, 2009

adik angkat saya


aku pernah cerita pasal adik angkat aku yang seorang ini. yang aku kenal beliau secara tidak sengaja melalui handphone. masa tu handphone yang paling canggih adalah nokia 3310. boleh bayangkan tak agak2 tahun bile? haha... tak silap aku tahun 2001 ke 2002 ke macam tu la. masa tu beliau berumur 16 tahun dan aku masih lagi jakun di tahun pertama kat upm. 

kami memang tak pernah jumpa. tapi, bercerita itu ini macam kenal sangat. beliau masa tu memang tidak tentu arah. aku tak nampak pun beliau boleh jadi orang macam sekarang. aku memang target beliau jadi kutu je masa tu. sungguh. aku pun konon2nya menasihati beliau itu dan ini. (konon!)

tup2, bila beliau habis spm - beliau apply jadi polis. aku tak sangka lak beliau dapat. sungguh. lepas dia habis training - kalau aku tak silap umur beliau masa tu nak masuk 19 tahun kot. baru kitorang jumpa. aku angkut semua kawan2 kat kosass. hehe... giler bangang aku nak gi jumpa beliau sorang2 kat maju junction nun.

oke. itulah kali pertama dan terakhir aku jumpa beliau. lepas tu hanya handphone sahajalah yang menghubungkan kami. tapi beliau selalu tenggelam timbul. nombor  handphone asyik bertukar2. sampai banyak kali juga aku lost contact ngan beliau. tapi, nasib baik gak aku tak pernah tukar nombor handphone aku. jadi, macam2 mana pun akhirnya beliau akan dapat jejak aku jugak.

beliau sekarang sedang berkhidmat di kem pga ulu kinta. dan aku sedang ambil dip pendidikan kat ipgm kampus ipoh. sebelah2 je tau maktab aku ngan kem beliau. jodoh sungguh. tapi... masa mula2 datang, beliau tidak berada di kem. beliau di timor leste. hanya pada awal bulan 4 hari tu je beliau balik. hanya pada bulan 5 baru beliau contact aku. sebab handphone beliau bertukar lagi. masalah bagi beliau untuk selongkar balik nombor aku dan nasib jugak aku tak tukar nombor lagi masa tu.

ohh... ya... beliau sekarang sudah 25 tahun. err... dulu aku jumpa masa beliau umur 18 tahun. huh... confirm giler berbeza.

masalahnya... bila beliau nak jumpa aku. aku malas. lately kan aku tensen. aku sedih. aku bengong dan kadang2 poyo - maka aku create lah pelbagai alasan. sampai satu tahap beliau kata aku tak berminat nak jumpa beliau. sentap gak aku. sedih pulak rasa. huhu... giler emo.

aku sebenarnya malas nak jumpa2 bagai ni. aku kan pemalu. walaupun beliau hanya adik angkat aku bukan pakwe aku ke atau bakal pak we ke - aku tetap rasa nerves. bengong betul. err... bukan bengong, mungkin pemalu. pemalu lah sangat! hahaha...

ni sekarang ni... bila aku dah ready nak jumpa beliau. bila aku sms beliau. tak pulak beliau jawab. jap2 tadi pukul 9 baru nak call bagitahu beliau kat umah kawan pulak. apa kes ? dah la aku sanggup tahan lapar dari tadi ni... sebab nak keluar makan ngan beliau. ini boleh mendatangkan kemarahan.

lepas tu, sms abe yan tanya dia dah makan ke belum. dengan harapan dapat keluar makan tanpa bawak vivi. boleh menumpang abe yan je. tak ikhlas betul aku nak ajak abe yan makan kan? huhu... tapi, abe yan dah makan pulak. makan ngan mamat-macho-yang entah kenapa aku rasa dia cam sombong dah ngan aku sekarang- lepas hantar linda n yana ke umah linda di gopeng. lagi aku sentap... abe yan ni pon kot ye pun buat2 lah ajak aku kalau dah tahu nak makan ngan mamat-macho-yang entah kenapa aku rasa dia cam sombong dah ngan aku sekarang- tu... dahlah mamat-macho tersebut susah betul nak didekati. ingat senang ke baru dia sms aku hari itu. walaupun sms tersebut memang cerita skema fasal filem dan perihal muda-mudi sekarang? itu pun sebab mulanya beliau sms fasal penulis yang aku minat itu pernah jadi lecturer beliau. dah lepas2 itu, kemudian2nya bila aku sms mamat-macho tersebut dah tak layan. even jumpa kat maktab pun bukan main mahal lagi senyuman dia tu. kadang2 dia buat tak nampak je. jangan kata nak tegur beb, senyum pun idak... huhuhu... tensen tul. tahulah dia macho... tahulah suara dia bila bercakap tu sedap je telinga aku dengar. herannya kan... naper ngan girl lain leh ajer dia sembang dan senyum2 bagai. gila sakit hati aku. then lepas tu, baru aku sedar... aku tak menarik. huhuhu... (macam lagu projek pop tu - ku bukan superstar, kaya dan terkenal, ku bukan saudagar yang punya banyak kapal, ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi, ku hanyalah orang yang ingin dicintai... ehhh... pasal apa aku masuk bab dicintai ni? cehhh... silap lagu, ini bukan cinta2, serius aku anggap dia adik - tapi lebih kurang macam tu la... ku bukan siapa2. siapalah aku untuk dia senyum kat aku? dush... dush...) dan lagi aku terfikir... kot2 aku terbuat dia sakit hati ke, marah ke... err... ada ke? aku tak pastilah. tapi aku takut sangat aku ada buat salah kat dia. giler tak tenang hidup aku.

ehhh... entry ni kan pasal adik angkat aku. apasal melalaut sampai mamat-macho itu? sebab... nama depa sama kot... arghhh... tensenlah. aku nak pergi makan. makan banyak2. sampai hilang tensen aku ni.





No comments: