Jun 29, 2009

1, 2, 3, 4... sayang semuanya... lalala~~~



1.

rais duduk belakang. aku round saja - tengok murid2 menulis. bila aku lalu tepi rais dia macam menulis. bila aku pusing sekali lagi - dia padam. dua tiga kali dia macam tu. aku biarkan. aku ke depan. bila ke belakang - kawan2 dia yang duduk di hadapan dia sibuk bagitahu apa yang tertulis di papan putih. bila aku hampiri, azlan dan haziq cepat2 pandang depan. aku mendekat rais.

'rais kenapa?'

'dia tak nampak cekgu...' sampuk azlan.

'cekgu bacakan untuk kamu.' rais diam. aku pun bacakan apa yang tertulis di papan putih. ustazah hidayah yang menulis.

'mata kamu kenapa rais?'

'buta.' aku terdiam. buta?

kata rais. dia kena kanser. aku amati dia. ye... sebelah matanya palsu. aku kagum semangat dia.

2.

tadi keluar pergi makan. niat dah lama dah nak menegur atuk yang duduk umah sebelah. tapi niat murni itu tak tercapai. atuk sedang mengelap keretanya masa kami lalu. aku beri salam. beliau menjawab.

'masuklah... opah ada kat dalam. opah sakit.' pelawanya.

kami masuk. opah sudah tua benar. kaki opah tidak kuat lagi untuk berjalan. ada kerusi roda di sudut rumah. ada juga tongkat. anak ke3 opah ada sekali masa kami bertamu. kami sembang2. anak opah beritahu - mereka 9 adik beradik. semua sudah berumah tangga. nak menjenguk orang tua selalu masing2 punya komitmen kerja dan keluarga. patutlah rumah itu sunyi benar. kami tak pernah nampak kelibat orang lain di luar kecuali atuk sahaja. kata anak opah lagi, atuklah yang jaga opah - jaga makan opah, jaga pakai opah, malah mandikan opah juga.

aku kagum dengan atuk. dia setia dengan opah. saat susah - saat senang.

3.

kelas muzik 1 Bestari. aku fikirkan senang sahaja nak mengajar budak2 menyanyi. memang ye, nak ngajar tu senang - tang nak mengawal tu yang payah. masing2 sangat aktif. masuk bilik muzik - boleh panjat2 meja, ada yang baring... kejap2...

'cekgu... dia sorok kotak pensel kita.'

'cekgu... dia amik kertas kita...'

'cekgu... kita nak kencing, tak tahan dah ni...'

cekgu itu... cekgu ini... dengan suara pekik2. aduyaiiii... susah woo nak kawal depa. nak bagi depa dengar cakap kita lagi satu hal. bila kita bukak lappy depa datang kerumun...

kat kelas ni, nama yang selalu aku sebut (errr... buleh juga kalau nak kata jerit ye. sebab volume memang lebih hangat daripada biasa...) adalah aiman. bila aku masuk kelas. dia lari pergi gayut dekat tangan aku. bila aku ngajar dia sibuk cerita pasal 3 ultraman lawan seekor raksasa. bila aku pusing depan, dia panjat meja. bila aku dekat dia main lari2. sabor ajer laaa...

kat kelas 4 Inovatif - nama paling glamer, fahmie. sikit2 fahmie. sikit2 fahmie... bukan sebab aku suka dia. tapi sebab dia jenis tak menumpukan perhatian. dia suka jalan2. dia suka sembang2. dan dia suka diberi perhatian. nak takel dia - suruh ajer dia duduk depan. kemain lagi dia - seronok.

kat kelas 3 Bestari si naim. naim ni depa gelar mr bean. pasal apa aku tak sempat selidik lagi. naim suka jugak bercerita. bila suruh cakap depan kelas saja buat2 tak tau. naim pernah tanya aku...

'cekgu pernah pergi lombong tak?'

'tak pernah...'

'best cekgu... kat lombong, ada ikan tongsan dengan anak2 dia.'

apakah?

tapi, walau macamana sekalipun depa. nama aku nak give up tu tak adalah. malah rasa semakin bersemangat. memang tadi lepas habis kelas 1 B, aku rasa tensen sangat. sakit2 tekak aku suruh depa diam. tapi tak maunya depa duk diam. kejap ajer kalau diam pun... lepas tu habislah keluar segala cerita ultramanlah, ikan tongsan lah...

tak apa laa... belajar daripada pengalaman. ecewahhhh...

4.

aku pergi sekolah bawak beg galas saja. pijah pun bawa beg galas. tapi beg galas pijah besar. tak cukup dengan beg tu, pijah ada beg celoreng warna pink yang harga rm5.90. beg itu pijah beli di kuala kangsar. aku dengki juga sebab pijah boleh beli beg murah. aku pun pergi teluk intan. niat aku nak beli beg yang harga rm3.90. nanti nak mms kat pijah. dan dengan riaknya memberitahu beliau yang beg aku lebih murah. tapi... sebabkan niat tak baik, carilah satu bandar terluk intan... memang tak ada pun beg yang harga rm3.90.

ehhh... ini bukan cerita beg harga rm3.90. ini cerita lain. cerita beg pijah yang besar tu. yang tak cukup dengan beg itu pijah bawa pula beg bimbit kaler pink harga rm5.90 itu. sebab beg pijah besar... maka adalah murid2 yang macam pelik. lalu menegur pijah... 'cekgu nak balik kampung kah?'

hahaha... entah lawak ke tidak, tapi bagi aku. dan bagi pijah memanglah lawak.

oke... sekian.





No comments: