May 17, 2009

AKU, LINA DAN LINDA...




khamis lalu. aku dan lina menemankan linda balik ke rumah dia di gopeng. balik kejap aje, ambil sijil2 dia - pekena teh o ais yang husband linda sediakan, solat asar terus kitorang gerak balik dah.

dalam perjalanan balik, aku heret linda dan lina singgah di sg raya. tujuannya - aku dah lama jatuh hati kat bangunan2 lama, buruk dan usang di tepi jalan betul2 di luar kawasan sekolah kebangsaan sungai raya. sejak aku menjalani pbs kat sekolah tu lagi. cumanya masa tu aku tak berkesempatan nak ambil gambar kat situ. jadinya, hari tu... dalam renyai-renyai hujan, aku singgah di sini.



aku park kereta betul2 kat depan ni at first. tak perasan pun kat bangunan ni masih ada penghuni. elok lagi grillnya. yang buat kami sedar kat situ ada orang duduk ialah bila dengar anjing menyalak. ada dua ekor anjing yang mata dia bersinar-sinar tengok kami kat luar. seram pun ada... tambah dengan hari yang dah ke senja, dengan renyai hujan lagi. tapi, saje buat2 tak tahu... snap gambar cepat2, lepas tu naik kereta ke belakang lagi.



linda dan lina yang jadi model pada hari itu. layan saja... mula2 diorang macam heran dengan aku yang sangat taksub dengan bangunan2 macam ni. tapi, lama2 diorang lak bagi info kat mana lagi ada bangunan2 lama macam ni. sebenarnya, kat perak... banyak sangat bangunan lama. penuh dengan sejarah. aku suka sangat. rasa cam nak posting ke perak je nanti.



aku pun nak bergambar juga. asyik ambil gambar orang saja... hehehe... linda yang ambil gambar ni. kenapa kami berbaju kurung? kalau setakat jalan2 begini memang tak layan pun dengan baju kurung bagai ni. hehehe... sebabnya, sebelum ke gopeng tu - kami pergi ambil gambar passport. untuk isi borang posting nanti. kat atas punya cantik berbaju kurung (baju yang cantik, bukan aku...) tapi kaki sarung selipar jepun aje. alah... gambar passport - bukan nak kena nampak kaki pun.

tapi, nanti nak pergi lagi. nak jalan dan tengok puas2. hari tu tak boleh berlama sangat. sebab dengan hujannya, dengan anjing yang menyalaknya... dan bangunan itu sebenarnya... agak menakutkan juga.





No comments: