Apr 19, 2009

CERITA BULAN



sudah namanya bulan. bintangnya bukan satu. banyak. bertaburan dan bertebaran. aku, bukan bintang. aku awan. yang kalau malam akan tidak kelihatan pun di mata bulan. haihhh...

oh ye... ada khabar yang membisikkan di telinga. bulan sudah jumpa bintangnya. siapa? alahhh... siapa lagi kalau si vios itu. dan tiba-tiba pijah jadi tidak suka sama bulan. pijah labelkan bulan mata duitan. bulan pilih vios oren itu. bukan vivi biru yang baru diperbaharui cukai jalannya. lina juga jadi anti pada bulan. tapi, si awan ini... begitu-begitu jugalah. perasaan yang hanya sementara.

tapi. yang tidak sedap di mata. di mata semua. bukan aku sahaja. bintang itu... ohhh, seakan-akan menunjuk-nunjuk pula pada kami semua. terlebih-lebih pula menunjukkan yang bulan sudah dalam tangannya. dalam kelas, sampai sanggup suruh bulan pindah tempat duduk di sebelahnya. dan sanggup membukakan pintu untuk bulan keluar tatkala kelas tamat. ohhh... dunia sudah terbalikkah? 

dalam kelas di dewan pun begitu juga. sampaikan kelas pendidikan agama islam pun mahu bertempek dengan bulan. apakah?... dia lupa ke yang ustaz pernah berpesan, lelaki sama yang lelaki di barisan hadapan. perempuan biar sama perempuan. ohhh... lebih afdhal begitu. aku setuju. sebab, lelaki suka sangat duduk di barisan belakang. belakang sekali. bukankah mereka itu pemimpin. duduklah di barisan hadapan.

berbalik kepada cerita bulan dan bintang terpilihnya itu ya... bulan pun kenapa nampak macam nak menunjuk juga dekat kami yang dia sudah ada bintang terpilih? bermesra-mesra begitu. dan kala keluar bersama, naik vios itu kenapa bulan dan bintang terpilih duduk di tempat duduk belakang bersama? padahal di tempat duduk hadapan, ada seorang arjuna dan dewi? tidak bolehkah bulan duduk di hadapan dengan arjuna itu? ohhh... meter hormat aku menurun. dia yang dilabelkan sebagai ustaz itu. begitukah kalau bercinta? aku tidak suka. bukan aku cemburu... bukan! bercintalah... aku tidak heran pun, tapi tidak usahlah kamu menunjuk-nunjuk begitu lalu. ya... dari yang suka jadi menyampah pula...

aku tegaskan di sini. aku bukan cemburu. sebab dari awal aku tahu, aku sedar... dia itu bulan. dan aku ini budak comot yang takkan mungkin jadi bintang.





5 comments:

tasekM said...

kamu awan... aku cuma apam balik. hehehehe...



.

t.a.t.a said...

kak tasik,
apam balik yang gebu ke apa balik yang kering itu? heh heh heh...

awan:
tak perlu nak cemburu orang seperti itu. tak guna pun. kalau tak ambil tau pun tak apa, tak luak pun beras kat rumah tu.

Cikgu Ije said...

teringat lak lagu bintang nyanyian budak kaca mata. lagu mendayu2 dulu kala~

bintang kau tinggi di atas..
ku duduk rendah di bawah..~

A t i Q a h said...

Alaa. Vios je. Nanti Awan carilah Harrier ke, Innova ke. Hihi.

Miss you kak. ^_^

Bungo Lale said...

tasik,
apam balik sedap tuuu... hehehe...

t.a.t.a,
aku tidak cemburu, aku jadi meluat... hehehe...

ije,
ada ke lagu tu?

tiqah,
huhuhu... akak sayang si vivi itu banget!