Apr 19, 2009

JEMU ?



'tak jemu?'

tanya seseorang bila dia perasan, aku kalau makan mesti akan pesan benda yang sama. sup campur dengan telur dadar tambah daun sup sama air oren sunquick (tapi tak semua kedai ada jual air sunquick, kalau sunquick tak ada - aku akan minum air dari benda asas yang sama - oren segar atau kalau tengah budget - limau ais.. )

mana boleh jemu. itu kegemaran aku. 

sama macam aku tak jemu tengok awan, sama macam aku tak jemu renung bulan ...

begitulah... kalau betul-betul sudah jatuh cinta, kenapa mesti ada perkataan jemu yang hadir? aku musykil ni...

' apasal kau clash dengan mr xyz?'

' aku jemulah...'

aku. hairan sungguh. padahal dulu kau kata dialah segala-galanya. dialah cinta sejati. dialah bulan, dialah bintang, dialah matahari... oh... apa sudah jadi?

aku. hanya boleh kata... lainkali sebelum kamu beria mengatakan yang dialah cinta sejati, dialah bulan, dialah bintang, dialah matahari... kenalilah dia dulu. kan sudah sia-sia kamu memberi hatimu... dan mungkin kamu beri yang lain-lain juga. aku tidak tahu, cinta kamu cinta maut. apa-apa pun boleh jadi. cuma aku harap, kamu tidak pernah lepas batas itu. INSYAALLAH...





1 comment:

bayan said...

Awan, bulan dan bintang, siapalah jemu yang memandangnya...ciptaan paling indah dari Tuhan. Subhanallah.

Jemu, carilah puncanya.