Apr 9, 2009

SEMALAM



semalam. aku cuak sungguh. sebagai makhluk yang selalu paling lewat tidur kat rumah tu - semalam adalah malam yang paling buat aku kecut perut. 

aku selalu tidur kurang lebih jam 0230hrs ke 0330hrs - setiap hari. sebelum ini, ok-ok sahaja walau kadangkala salakan anjing di tengah malam bisa buat aku berdiri bulu roma. selalunya, bila begitu, aku akan tutup langsir tingkap cermin kat belakang aku.

semalam. kurang lebih jam 0215hrs. aku ke tandas - nak ambil wudhuk. aku terdengar macam pintu rumah digegar. bukan rumah aku, tapi salah sebuah rumah di tingkat bawah. mulanya, aku syak... siapalah yang balik rumah tapi tak bawak kunci tu. dah tu nyususahkan orang tengah-tengah malam nak buka pintu untuk dia. aku abaikan. aku ambil wudhuk. masuk bilik, pakai telekung, bentang sejadah di ruang tamu - yang sunyi hanya kedengaran bunyi kipas sahaja.

tiba-tiba. bunyi gegaran itu makin kuat. dengar suara-suara lelaki. aku cuak. apa kes? ada gaduh ke apa? ada kecurian ke? aku tak jadi angkat takbir. sungguh. aku masuk bilik - kejut tina. dia yang memang sedia terpisat-pisat terganggu dek bunyi itu terus bangun.

kami mengintai dari tingkap dapur. tapi tiada apa yang kedengaran. kemudian...

'tolong... jangan bunuh saya. jangan bunuh saya...' suara lelaki dari tingkat bawah.

bunuh? apakah? jantung aku laju berdegup. aku rasa muka aku pucat. tina pun sama. aku ajak dia keluar tengok. tapi dia takut. dan aku pun takut juga. lalu kami hanya terintai-intai dari tingkap dapur.

'ya ALLAH... ya ALLAH...' aku dengar suara dia cemas. takut. dan suara-suara lain yang aku dan tina tak dengar biji butirnya.

tidak lama kemudian. sunyi. aku dan tina merumuskan - ada pencuri masuk rumah tapi tertangkap. tapi, penyudahnya... aku dan tina rasa takut sangat. sungguh. jantung tidak henti berdegup kuat. macam-macam yang kami fikir. kenapa orang-orang dari rumah lain buat tidak tahu sahaja. tidak pun, diorang mengintai cam kami juga ke? 

pagi tadi. masa nak keluar ke maktab tadi, aku sempat tanya encik-encik jaga. apa kes semalam?

'owhhh... polis pga semalam. ada anggota lari dari tugas. depa investigate dah lama dah. semalam baru operasi. kena tangkap la... satu van depa datang nak tangkap.'

owh... ceritanya...

tapi, apa kes sampai lelaki itu cakap... 'jangan bunuh saya... jangan bunuh saya...' ? 

sakit dah jantung aku duk fikir ni. korang lah fikir sendiri pulak ye... :)

***sekarang jatuh cinta dengan 'try not to cry' - outlandish ft sami yusuf***





2 comments:

Marissa said...

sami yusuf sungguh kachak. Supplication sungguh mendebarkan jantung bila dengar.

Try Not To cry.. eheh...

[ nadia ] said...

perasaan kita yg menentukan warna langit :D
>>> maaf tak sempat nak lawat. exam >.<