Jan 22, 2009

SALAM DARI HULU KINTA

Salam...

rindu sangat nak jenguk blog. baru hari ni berkesempatan.

diam tak diam, dah dua minggu aku kat IPGM Kampus Ipoh ni. Aku datang sendiri ke Ipoh, dengan pengetahuan yang zero tentang Ipoh. berbekalkan panduan kawan-kawan dan sekeping peta yang aku print dari laman web ipip - aku redah. dari KL ke Ipoh tak jauh sangat rupanya. aku bangun pagi jam 0400 dengan penat semalaman datang daripada kampung. yang malamnya hampir pukul jam 0200 aku tidur sebab nak menyiapkan semua barang-barang untuk ke Ipoh. Gila kelam-kabut! sampai satu tahap rasa macam dah tak nak pergi dah...

jam belum pukul 0500 - aku gerak dari KL. ma dah telefon sebab risau aku tak bangun lagi. keluar dari rumah aku ikut je papan tanda ke Ipoh. aku cuak gila sebab dengan sorangnya dan dengan gelapnya - aku rasa macam dah salah jalan. jalan yang aku lalu macam dah ke dalam hutan pulak. tapi aku tawakkal je. tak lama kemudian - bila naik highway baru aku rasa lega giler.

aku sampai Ipoh jam belum pun pukul 0700. tapi nak mencari ipip tu punyalah haru. sampai ke stadium Perak dan kawasan2 yang sewaktu dengannya yang tak sepatutnya aku lalu untuk ke kampus ipip tu. huhu...

pak su pun call banyak kali. risau aku tak sempat nak mendaftar jam 0830. sampai dia suruh aku stop dari duk berpusing2 dan tunggu kat satu tempat. dia minta kawan dia jemput aku. tapi pantang undur anak watan - aku redah juga. dan sampai tepat pada waktunya.

bila sampai, aku rasa tersentuh - sebab aku rasa ada 2,3 kerat je yang datang sendiri. yang lain kebanyakannya siap dengan keluarga. macam nak masuk universiti balik je. sedang ku datang sendiri... huhuhu...

naik nak daftar kena suruh turun balik ke tempat parking sebab aku pakai sandal. hehehe... cikgu, mana boleh pakai sandal. kena pakai kasut bertutup... kenalah turun balik ke kereta yang terletak hampir 1km, dengan berbukitnya. pagi2 lagi aku dah lencun dengan peluh dah. haru... bila naik balik nak daftar - aku kena keluar balik sebab belum beli setem hasil. sudahnya aku selesai daftar dah tengahari dah.

itu ceritanya, hari pertama aku di hulu kinta. seronok, penat... semua bercampur baur. kat sini best jugak. jauh dari hiruk pikuk kota. jalan tak jem, makan pun murah. ngeee...

sekian dulu... aku ada lagi banyak cerita nak tulis. tapi, sebab assignment yang bertimbun - aku kena stop dulu.

*aku seronok sangat sebab MUH menang anugerah juara lagu ke 23.

1 comment:

pandagumuk. said...

take care (:
maskara nanti pergi?