Apr 13, 2008

adik


mohd marzuki amiruddin bin ibrahim. (mintak maap kalau ejaannya salah, sebab secara rasminya aku pun tak pernah tengok ic dia walaupun aku suatu ketika dulu pernah tgk ic polis dia... luper, beberapa tahun yang lalu dah.)

aku nak bercerita tentang dia sebab tetiba aku rasa rindu sungguh dengan dia nie. jangan salah anggap, dia bukan bf aku, cumalah adik angkat yang aku kenal sejak umur dia 16 tahun dan sekarang umur dia 23 tahun. ajaibnya hubungan nie, sebab dalam tempoh waktu aku kenal dia... sekali jer aku jumpa dia, masa tue dia baru masuk polis. aku tengah belajar lagi.

aku kenal dia secara tidak langsung. tak silap aku masa tue dia salah dail nombor kot, kena kat nombor aku. budak nie peramah sungguh. selain kenal dia, dia pun kenalkan jugak aku dengan kakak angkat dia yang seorang lagi tue, namanya siti azida.

kadang-kadang, aku lost contact jugak ngan amir (begitu panggilannya). nombor telefon dia banyak sangat, selalu juga bertukar-tukar. tapi dapat dijejak juga. aku bukanlah gila 'sms', call pun jauh sekali. tapi, entah macamana... kekal je aku jadi salah seorang kakak angkat dia. (dia ada banyak kakak angkat, aku rasa)

dulu, masa dia form four dalam kelas, boleh lagi dia sms aku. katanya boring cikgu mengajar. nahh... tengah-tengah cikgu mengajar dia buleh sms? hairan sungguh aku dengan bebudak zaman sekarang. dah tue... malam-malam asyik dengan muzik. masa tue aku cuma doakan agar dia menjadi manusia yang berjaya. akhirnya, dia dah jadi polis. sekarang bertugas kat utara tanah air, tak silap aku kat Perak. (kalau silap, kalau dia tahu mesti dia tak puas hati sebab nanti dia cakap aku tak ambil peduli) minta maaf dik... akak banyak kerja nak kena fikir.

Alhamdulillah...

*buat adik amir... akak doakan kesejahteraanmu walau dimana sahaja kau berada.

4 comments:

Anonymous said...

Suka la entri ni... macam saya penah jugak tulis pasal perkara yg sama dlm blog saya...

so.. bila jumpa adik awak tu, kem salam ek..

Bungo Lale said...

entah bile la buleh jumpa dia lagi.
walau sebenarnya rumah sewa sy skang dekat jer ngan umah family dia, x pnh jumpa gak... huhu~~~
InsyaAllah ye nurnana... thanx

Anonymous said...

Skrg akak dh bz je..ada wasap wechat pun..tp jrg berhubung jgk

amir said...

rindu nya 🚶🏿