Feb 2, 2009

CERITA

cerita 1

jiwa kosong. marah pun tak guna...

adik ter'format' notebook tanpa sedar dia tak simpan pun folder2 aku yang berisi banyak hasil kerja aku. cerita2 yang aku tulis, sajak2 aku, lagu2 rock aku, gambar2 pelarian jiwa aku... huhu...

bila tengok muka dia yang rasa bersalah sangat aku tak tahu nak marah ke nak apa. aduuuulaaa...

cerita 2

cuti seminggu. memang cuti secuti2nya bagi aku. kerja kursus yang bertimbun pun buat2 tak nampak sahaja. minda aku susah nak set balik ke minda pelajar. buka buku kejap, lepas tu belek2 tanpa emosi - tutup balik, letak tepi - masuk dapur makan nasi. habis macam tu je hari demi hari. haru...

cerita 3

apasal sejak dua menjak ni aku bawak kereta asik langgar divider je? asyik korner tak lepas je. mak aku menjerit panik bila aku main langgar je divider kat hospital gm hari tu. dan pagi tadi pulak, walaupun memang dah hari2 parking kat tepi tu - tak pernah2 nak jadi - tup tap tadinya si vivi aku langgar divider lagi. nasib tak cedera. haihhh....

cerita 4

aku dah jumpa hot spot makan best kat hulu kinta ni. elok2 je kat depan maktab. kedai tanpa nama - dah berkali2 aku tenung dan telek tapi memang tak de nama kedai mak cik tu. walaupun begitu, makanan kat situ memang tip top. senang2 boleh dapat nasi kerabu original kelantan dengan budu. best... best...

cerita 5

aku dah lama tak layan lagu indie nie. rindu kat xfm tapi tak de radio - since hp pun dah tak canggih sekarang. lagu2 yang aku simpan kat dalam notebook semua dah ranap di format dek adik kesayangan aku. huhu...

sekian.




No comments: