Dec 25, 2013

LAWATAN TAHUN 6 BAHAGIAN 2

Assalamualaikum w.b.t,


Seawal jam 0500hrs lagi tidur kami dikejutkan dengan suara-suara anak-anak yang sudah bangun daripada tidur mereka. Bukan main awal lagi haaa. Terus cikgunya pun dah tak boleh nak sambung tidur lagi dah... 

Selepas bagi anak-anak sarapan sekadar roti (sebab takut nanti muntah) dan sebiji pil penahan mabuk kami memulakan perjalanan ke Lost World Tambun dengan menaiki 4 buah kereta. Sepanjang perjalanan itu duk berjaga-jagalah sebab takut ada yang muntah. Akan tetapi plastik, gula-gula dan asam pun memang sudah tersedia. Cumanya  terlupa pulak nak beli minyak angin. Sekejap-sekejap bila diam kat belakang terus tanya "Okay tak?" Bukan apa takut tersembur muntah aje. Masing-masing jawab okay sehinggalah hampir sampai ke Simpang Pulai, Zairani yang naik kereta aku muntah. Nasib baik sempat muntah dalam plastik. Cepat-cepat berhentikan kereta tepi jalan. 

Kemudian perjalanan di sambung. Alhamdulillah, sampai ke Tambun. Tapi elok-elok sampai dah keluar daripada kereta dah si Sofia pulakkk... Hahahaha, kesian betul.

Lepas dah selesai semua tu baru bergerak ke pintu Lost World. Sementara menunggu Cikgu Wan beli tiket, anak-anak ni dah teruja tengok ikan dalam longkang besar depan Lost World tu. 



Yeay! Dah boleh masuk.



Salin seluar sahaja. Baju sekolah, senang sikit nak nampak dalam ramai-ramai orang tu.



Sebab masing-masing dah tak sabar sangat nak masuk dalam air kan. Tak tunggu-tunggu dah, elok je dapat tempat buat meletakkan beg dan barang-barang - Cikgu Wan dan Cikgu Syam terus bawa ke dalam kolam.




Apa yang bestnya, anak-anak ini tidaklah takut hendak mencuba semua permainan di sini. Tak takut pun, rileks je semua. Semua benda nak naik, dan kalau boleh nak naik ulang-ulang pun tak apa. Punya sabar dan gigih berbaris...







Kalau ikutkan mereka, memang nak beratur lagi tu... tapi kalau duk main yang tu sahaja habis tak sempatlah nak main permainan lain. Akhirnya dengan berat hati, anak-anak pun patuhlah... Yelah, masa tu berat hati lagi sebab tak nampak lagi permainan-permainan hebat yang lain... Bila dah nampak yang lain barulah rasa lega hati terpaksa tinggal permainan yang sebelumnya... Hahaha.

Tidak fikir dua kali pun, bila cikgu cakap "Naik yang ni pulak..." Terus setuju dan jalan masuk, ambik buai masing-masing walau ada yang terpinga-pinga "Nak buat apa ni?" Sampai nak lock tu pun tak reti, nasib baik ada orang yang baik hati pergi tolong. 

Bila benda alah ni berpusing-pusing makin tinggi, mulalah rasa teruja sampai Riko siap buat bunyi "Vrooommm... vroooommm..." lagi sampai aku yang ada kat bawah pun ketawa geli hati. Punyalah dia eksaited sampai boleh nampak muka kecewa bila buai tu dah berhenti berpusing. 



Lepas tu main buai ni pulak... Pun seronok bukan main, adalah dua tiga orang yang berkerut-kerut muka, mungkin sebab gerun kot. Tapi mereka layankan sahaja... Bila dengar orang menjerit, mereka pun ikut sama...



Muka Sofia, konfius... Apa benda yang aku buat ni? Kenapa aku kena naik ni? Barangkali itulah yang bermain di fikiran beliau...



Selepas itu, kembali ke air sebab teruja nak main air biru masih belum hilang. Selalu dapat mandi sungai je kan, sekarang dapat main air kolam. Bukankan satu kemajuan namanya itu? Nanti ada modal gebang dengan orang kampung selama satu bulan. Hahahah...

Tengok-tengok je, dah dapat satu pelampung. Entah pelampung siapa mereka rembat sampai ada satu tahap tu sebelas orang satu pelampung. Semua pakat naik. Mereka tak tahu pun pelampung tu bukan boleh di ambil sesuka hati pun.




Dah agak-agak penat main air, ajak mereka pergi zoo pulak. Bahagian ini yang paling seronok sebab mereka sibuk duk tanya "Cikgu, ada harimou tak?" "Cikgu, nak tengok harimou..." Harimou (Harimau) jugak yang dia cari. Barangkali duduk kampung selalu sangat dengar cerita kehebatan sang belang itu tapi rupa paras selain daripada di gambar tidak pernah terlhatkan maka itu yang teruja sangat nak tengok harimau secara langsung.











Dah jalan-jalan masih belum jumpa harimau, lagilah sibuk bertanya... Mana harimou, mana harimou sampai penat dah cikgu nak jawab, tunggulah... tunggulah... Seolah-olah binatang lain itu tidak langsung memberi sebarang makna kepada mereka. Hailaaa anak...



Nahhh... ambik harimounyaaa... Sedang elok sampai si belang ini sedang mandi-manda, berenang megah ke sana-sini. Cukup teruja dan takjub anak-anak melihat sampai tak mahu pun melangkah pergi dari situ sebab mata asyik sahaja mengekori setiap pergerakan si belang. Sesekali si belang mengacah "Aummmm!!!" Walaupun terkejut sekejap tetap nak tengok juga...



Dengan berat hati terpaksa meninggalkan si Belang sebab cikgu cakap "ada banyak permainan lagi... nanti tak sempat." maka terpaksa jugalah akur... Kalau tak nanti kenan tinggal.



Naik tren. Beratur panjang betul untuk naik tren ini. 



Akhirnya, tibalah masa untuk meninggalkan Lost World Tambun. Anak-anak bukan main teruja sibuk bercerita pengalaman sesama sendiri dalam bahasa mereka. 

Sebelum balik ke homestay, singgah makan di Tesco. Muka masing-masing dah penat dah masa ni... Haaaa ambikkk. Itu makan dia. Hihihihi...



Selepas makan kami bergerak ke homestay. Tidur di sana satu malam dan esoknya baru bergerak balik ke Cameron Highlands.

Bersambung.

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,wah best nye korang dapat pergi jalan jalan.

Anonymous said...

mesti best kan pergi mandi dan jalan-jalan bersama-sama kan.best tak.