Apr 20, 2013

GAMBAR

Assalamulaikum,

Mula-mula sekali aku nak minta maaf banyak-banyak pada yang tertunggu-tunggu entry terbaru dari aku. Macam-macam komen yang aku terima - siap ada yang cakap aku dah kena tukar dan sebagainya. Hahaha. Sebenarnya semua komen kalian terus masuk ke emel aku, jadi aku boleh baca sebaik sahaja kalian tekan enter. Cuma hendak balas sahaja tak boleh, sebab ada yang pakai nama anonymous je. Alangkah lebih molek kalau saudara-saudari pembaca letak nama. Tak nak letak nama sebenar, nama samaran pun boleh. 

Mintak maaf banyak-banyak naaa. Aku ada lagi kat sini, setiap hari ada benda menarik yang aku nak kongsi, bukan sikit... banyak. Tapi ya lah, bila aku dah kat dalam... malasnya amboi nak buka laptop. Tambah lagi kalau nak upload gambar, slow sangat. Berkumis aku kena tunggu. Jadi malas ah. Lagi pula, sekarang hampir tiap-tiap petang aku turun ke gelanggang bola jaring. Latih bebudak main bola jaring. Persediaan untuk ke MSSD. Tapi, entah bila. Olahraga dah lepas, bola sepak dah lepas, takraw pun dah lepas. Bila malam tu, rasanya nak rehat-rehat sahaja di rumah sementara boleh rehat. Lepas ni, sibuk UPSR pula. 

Kalau kalian perasan, aku ada letak sebelah kiri blog tu akaun instagram aku. Haaa, itu paling senang aku boleh buat bagi kalian tahu aku masih hirup angin Lemoi. Haaa, lepas tu aku pun dah ada keek. Benda-benda yang on the go ni tak adalah rumit bila nak update kan. Tapi blog, kena tunggu bila aku betul-betul lapang, dan ada semangat dan jiwa hendak mengadap baru aku boleh tulis.

Sebelum itu, marilah tengok beberapa gambar anak-anak kesayangan hati, belahan jiwaku ini. Sebenarnya semua gambar yang aku ambil ini tidak melibatkan sebarang paksaan. Tidak melibatkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dan lepas ambil gambar, murid-murid mesti cepat-cepat hendak tengok gambar yang telah diambil sambil bersorak-sorak. Seronok sangat. Yaaa, mereka memang suka diambil gambar. Kalau ada yang kata Orang Asli ini begitu pemalu sehingga gambar pun enggan dipotretkan - itu kurang benar. Ada yang malu tapi bukan semua, kalau budak-budak --- sekecil dua tiga tahun pun bila dihala lensa kamera tahu dia berhenti dan tengok lensa. Kalau yang malu sangat pun, golongan ibu-ibu. Anak-anak gadis. Tapi kalau anak-anak gadis yang rapat dan selalu berbual dengan aku tu tak adalah malu sangat. Malah, berani aje jenguk-jenguk telefon aku bila aku tengah WhatsApp contohnya. Ada je yang tak malu-malu berkongsi cerita cinta. 

Gambar ini aku ambil masa waktu rehat. Saiful, Junaidah, Saufi, Nadira, Sofian dan Wak Indah. Suruh tabik, tapi ada yang belum pandai pun. Macam-macam gaya ada. 



Yang ini, aku tujukan kepada kes-kes buli. Yang terbaru pasal ketua kelas kena buli tu.  Sebagai seorang guru, video buli tersebut sangat memberi kesan kepada aku. Aku sangat-sangat berharap keamanan dan kedamaian atmosfera sekolah ini akan terus berkekalan hendaknya. 




Haema dan Indah yang ketawa spontan bila aku suruh tengok sesama sendiri. Comel sangat budak berdua ni. Tapi, kedua-duanya masih belum faham Bahasa Melayu lagi. Maklumlah tahun ini baru mula bersekolah dan terdedah kepada Bahasa Melayu. Masih dalam proses belajar, InsyaAllah tak lama lagi fahamlah mereka. Sekarang ni, kalau cakap apa-apa --- kalau si Haema dia lebih banyak senyum tapi Indah suka buat muka blur.



Selebihnya, waktu petang masa latihan bola jaring. Petang suasana dia lebih seronok sebab padang memang meriah dengan budak-budak bermain. Dengan jerit pekik mereka lagi. Memang meriah sungguh. Sehinggalah guru-guru mengambil alih padang untuk bermain futsal - jerit pekik tidak kurang. Namanya je ada tak sampai 10 orang tapi meriah dia macam main liga super.









Akhir sekali, sebab semua orang tengah sibuk-sibuk dengan gwiyomi kan... jadi, aku suruhlah murid-murid buat muka comel siap dengan mulut itik. Ada yang faham tu, fahamlah. Tapi kelihatannya, Nadira, Indah, Haema, Rosaini dan Rossa tidak mengerti langsung. Dan Suria, dua duduk dari kiri --- dia sedang demam rupanya.


Okay, itu sahaja koleksi beberapa gambar buat tatapan sementara aku tulis entry lain. Yang lebih serius. Amboi, bukan main lagi guna perkataan serius segala.

Sekian.


6 comments:

zach adam said...

you are back!!!!
been missing you :P

Bungo Lale said...

Zach Adam,

Hahahaha... terima kasih. Sori lama tak update. Sibuk sikit ;)

saliz said...

Yeayyyy!!!! Cekgu Bungo dah balikkkk. Thanks for the new entries cekgu. Selalu intai2 takde, sekali masuk, tuuu diaaaa 'hidangan'. Ayam golek 3 dulang...hehehehe....

Anonymous said...

terubat rindu....

Anonymous said...

sy ske gmba band of brothers tuuu......sgguh artistik....heheh.....
nice cikgu......

nazirul sepang

dilla nazri said...

Yee..terubat rindu