Feb 7, 2013

JUARA DAERAH 2013

Salam...

Pagi hari Isnin itu hujan turun dengan lebat. Sebenarnya sejak petang sebelumnya memang hujan tidak berhenti. Kami masuk ke sekolah pun dalam hujan juga. Sejuknya jangan ceritalah. Memang menggigil sambil bawa motor. Gigi atas berlaga dengan gigi bawah. 

Murid-murid yang akan mewakili sekolah akan keluar pada hari ini memandangkan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah akan diadakan pada hari Selasa, 5 Februari 2013.

Oleh kerana hari hujan, dan kami juga tidak mempunyai baju hujan - apa yang selalu kami buat kepada murid-murid ini ialah dengan memakaikan mereka dengan plastik hitam yang selalu digunakan buat mengisi sampah tersebut. Tapi, kami guna yang masih bersihlah. Manakala kepala pula bertutup dengan plastik juga. Seperti ini...


Hahahaha. Memang kelihatan kelakar. Sekali tengok memang dah macam kat salun rambut
pun ada. Tapi bebudak ni mana kisah mana. Oleh kerana hujan yang tidak berhenti juga, maka murid-murid terpaksa berjalan kaki sehingga sampai ke jalan konkrit memandangkan takut kalau naik motor buatnya jatuh ke apa lagi bahaya. Murid seramai 8 orang ini diiringi oleh empat orang guru. Setiap guru memboncengkan dua orang murid sehinggalah sampai ke luar. Setiap kali ada acara di luar, murid-murid akan tidur di rumah guru di luar. Kalau aku yang mengiring, rumah akulah yang jadi asrama. Kali ini rumah Cikgu Nik lah yang jadi asrama.



Pada petangnya, mereka menjalani latihan sambil melihat trek di Ladang Boh dimana kejohanan akan diadakan esok. Ada orang bertanya di Instagram, bebudak ni tak sejuk ke sebab hanya pakai baju T. Sebenarnya mereka pun sejuk juga tapi sebab mungkin dah biasa. Bukan semua murid ada baju sejuk pun. Tapi bila untuk sebarang acara sukan pihak sekolah memang ada menyediakan baju sejuk untuk kegunaan mereka. Cuma masa ni kan latihan, jadi tak adalah nak pakai baju sejuk segala. Kasut sukan itupun, pihak sekolah yang sediakan. Tak kira acara apa pun, baik bola sepak, bola jaring atau olahraga - kasut itulah yang dipakai mereka. Kami cuba menyiapkan mereka sesempurna mungkin supaya tidak timbul perasaan rendah diri apabila berada di kalangan murid-murid lain di luar. 

Pada pagi hari kejohanan, oleh kerana adanya teknologi internet School-Net yang setelah dipasangkan router maka cikgu-cikgu sekarang boleh berhubung dengan dunia luar melalui WhatsApp dan Facebook segala - cikgu yang mengiringi murid mula mengirim berita dan gambar. Alhamdulillah, rasa sangat bangga dan terharu menerima gambar ini.


Murid lelaki berjaya mendapat tempat ke 7, 8, 13 dan 32 manakala murid perempuan pula mendapat tempat ke 3, 5, 6 dan 7. Satu keputusan yang sangat baik yang setelah dihitung kira melayakkan sekolah kami mendapat Juara Keseluruhan Merentas Desa Peringkat Daerah MSSD Cameron Highlands dan meninggalkan pemenang tempat kedua dengan kurang lebih 50 mata. Alhamdulillah, kegagalan tahun lepas berjaya ditebus tahun ini. Kalau tahun lepas kita hanya mendapat tempat kedua tapi tahun ini cita-cita untuk mendapat tempat pertama telah tercapai. Nampak gayanya, GPK KO kami bolehlah tidur dengan senyuman buat beberapa ketika ini. Hahaha.


Gambar-gambar selepas murid-murid menamatkan larian.





Shaniza yang mendapat tempat ke 3 menaiki podium untuk menerima hadiah. Tahun lepas beliau mendapat tempat ke 2. Tapi tengoklah pemenang tempat pertama dengan kedua tu, punyalah tinggi sedangkan Shaniza ni saiz sebenar dia memang sangat kecil. Oh ya, tahun lepas Shaniza ni kami bawa mewakili daerah ke Peringkat Negeri. Walaupun rezeki tidak memihak kepada dia tapi cukuplah sebagai pendedahan kepada dia. 



Guru besar menerima piala dan piala pusingan :)







Dan diakhiri wajah-wajah juara Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah MSSD Cameron Highlands 2013. Alhamdulillah... Murid-murid telah membuktikan, "Terpencil Bukan Tercicir" (pinjam tag line SK Ulu Tembeling). Susah macamanapun untuk keluar, kejayaan tetap berjaya mereka genggam. Dan saiz juga bukan halangan. Kalau hendak dikira, anak-anak SKL memang kecil-kecil sahaja. Kalau adapun yang tinggi dan besar cuma seorang dua sahaja.

Sekali lagi, tahniah anak-anak muridku :)

11 comments:

Anonymous said...

sy baru jumpa blog ni...srnk baca sbb sy dpt rskan awak ikhlas dlm mendidik mereka....bl tgk kdaan mereka yg serba kekurangan..terasa sebak..ada cara bagaimana untuk membantu mereka..seperti mengirimkan pakaian2 & sebagainya...

Siti said...

Mata asik masuk habuk la bile baca n3 bungo lale ni.

Unknown said...

salam sis..akak baru jumpa blog sis ni..suka membaca pengalaman mendidik anak-anak di sana....tahniah kepada sis kerana berjiwa besar memikul tanggungjawab itu..dan tahniah pada anak2 kecil yang juga berjiwa besar tu...akak dok membaca sambil dok mengesat air mata nih..terharu sangat..keep up the good job ye sis..:)

JUSOH said...

Tahniah kerana telah mengubah bentuk penceritaan kepada gaya bahasa yang lebih mantap.

catz said...

SALAM,

Tahniah bungo lale..
seronok baca blog you.
kadang mata masuk habuk juga.:)
kagum dgn ketabahan cikgu.

salam kenal.

catz miow

pB said...

kagum dengan cikgu

cayalah cikgu ....

mj said...

menunggu entri seterusnya dengan sabar :)

kucing comot said...

As salam, sesungguhnya saya dalam proses nak khatamkan blog ni, baca menyonsang..bukan kata sebak..dah banjir pun. Besar pengorbanan cikgu, Allah saja dapat membalas. Dgn ada blog ni, baru la kami-kami bleh masuk lam kepala camner kehidupan kat dalam tu(selama ni setakat membayangkan aje). Di tulis pula dalam lenggok yang menarik...lagi la touching giler.
Tolong jangan berhenti menulis, kerana kami belum puas membaca!

Bungo Lale said...

Assalamualaikum...

Terima kasih kawan-kawan yang sudi membaca. Mohon maaf sebab saya lewat membalas komen kalian ya.

Anonymous,
Terima kasih atas keprihatinan awak. Boleh sahaja jika hendak mengirimkan pakaian.

Siti,
Alahai kesiannya sampai masuk habuk ya. Hihihi.

Nur Marina,
Terima kasih juga akak. InsyaAllah mudah-mudahan kami terus diberi ketabahan untuk terus mendidik mereka.

JUSOH a.k.a Pok Su,
Yeay! Alhamdulillah, thank you. Sedang cuba untuk memantapkan penulisan ni.


Catz,
Terima kasih juga sudi baca dan salam kenal juga.

pB,
Terima kasih awak.

Mrs Jun,
Hahaha. Terima kasih.

Zahra,
Alhamdulillah, terima kasih. InsyaAllah saya akan terus menulis dan terima kasih kerana sudi baca blog yang seadanya ini.

Anonymous said...

Dewa semesta alam..

Still miss U All..

Fight till the end..

Show them what you got..

Anonymous said...

Salam sis bungo lale....
Sy bru terjumpa blog ni....
Sy bminat sgt dgn pngalaman2 cmni.....
Rse mcm nk jd ckgu pon ad ni....sy bkobar2 ni nk bace sume n3 sis.....tahniah sis n de gang sbb bsungguh2 mngajar mereka.....bgus sis
from nazirul sepang