Dec 12, 2012

Melawat Kampung Cenan Cerah



Sejak mengajar kat sini, Kampung Cenan Cerah tu baru sekali kami pergi melawat. Jadi, pada suatu hari tu rasa nak pergi lagi membuak-buak. Selalu pun rasa nak pergi sebenarnya tapi bila mengenangkan jalan yang bakal ditempuh tu maka rasa tu selalu dipendamkan diam-diam. Tapi, hari tu memang rasa nak pergi sangat. Manalah tahu kan, kalau kena tukar ke apa dah tak ada peluang dah nak ke sana lagi.

Kampung Cenan Cerah ni terletak selepas sekolah. SKL ni ada tiga kampung. SKL terletak di kampung tengah iaitu Kampung Lemoi. Sebelum sampai Kampung Lemoi kita akan lalu Kampung Telimau dulu, lepas Telimau, Lemoi. Lepas Lemoi baru Cenan Cerah. Tapi jalan ke sana hanya separuh perjalanan je boleh naik motor. Separuh lagi memang kena jalan kaki je. Sebabnya, jalan dia tu memang hutan betul. Akar kayu berselirat. Pokok-pokok besar-kecik. Macam jalan kau selalu pergi hiking ke naik gunung tu. Haaa, macam tu la rupa paras jalan tu.

Tapi, bagi aku dengan Fida – memang jalan yang separuh boleh naik motor tu pun kami tak berani. Sebab jalan dia memang kecik, muat-muat tayar je. Lepas tu tepi-tepi gaung pulak tu. Maklumlah jalan tu kan tepi lereng bukit tu. Kami tak nak ambik risiko. Baik ah jalan kaki sahaja.

Maka, pagi-pagi tu. Aku dan Fida bertemankan beberapa orang murid pun mula jalan kaki. Bawak bekal air dalam beg, roti, gula-gula dan coklat. Sikit je sebab last stok minggu tu tak keluar sebab sabtu sekolah. Masa pergi tu hari sabtu yang sekolah ganti, sebab ikut jadual hari jumaat maka sekolah habis jam 1030hrs. Mana-mana murid yang duduk kampung Cenan Cerah tu memang dah berdesup balik. Depa ni memang siap boleh lari-lari lagi, memang kami tidak terkejarkan laaa. Lepas tu, yang mengiring kami ni beberapa kali siap cakap “Cikgu, cepatlahhhh!” “Lambatnya cikgu...” Hahaha, aku pun tak tahu tenaga tu datang dari mana. Padahal makan ubi kayu je. Vitamin pun ada tak ada vitamin subsidi Champ tu je. Nama kau nak dengar perkataan letih, penat daripada mulut depa tu memang tak adalah.




Sampai separuh perjalanan yang boleh naik motor tu kami pun berhentilah rehat sekejap. Minum air,  bagi budak-budak ni megi mentah dengan roti. Kat sini, mereka bina bangsal untuk simpan motor mereka. Motor yang dibeli secara ansuran ataupun ada yang beli cash sebab TNB bayar duit pampasan ambil tanah dan tebang pokok-pokok buah-buahan mereka untuk bina apa tah.

Lepas rehat sekejap. Kami pun mula lalu trek macam trek hiking tu. Ada jambatan yang dibina dengan batang kayu besar lepas tu, dia susun buluh atas tu, siap buat pemegang dengan rotan tu. Air sungai kat bawah tu laju, kadang-kadang kalau hujan memang air besar. Dulu jambatan tu pernah runtuh, runtuh yang kategori boleh lalu lagi tu laaa. Masa aku pergi dulu jambatannya tidak seelok ini. Macam agak mengerikan sikitlah.












Air ni memang sedap gila rasa dia. Ada rasa manis-manis sikit dan sejuk macam air dalam peti ais. Aku lalu masa pergi minum siap isi dalam botol lagi buat bekal dan masa hala balik pun minum lagi. Basuh muka puas-puas. Perhhh... memang nikmat betul.





Budak-budak ni kata tangkal buat halau hantu. Tak teringat pulak nak tanya orang dewasa kat kampung tu pasal apa, ada kayu lepas tu ada kain putih dan merah macam ni.



Kami sampai dah lewat makan tengahari. Masa tu bebudak sekolah dah lama sampai. Ada tu yang dah siap pergi kebun tolong emak cabut ubi kayu dah. Ada yang tengah main-main kat laman yang luas tu. Kami singgah kat rumah Awit. Naik atas rumah, emak Awit tengah siapkan makan tengahari. Situlah kami lepak. Sempat tengok emak Awit proses rebung nak masak. Kami layan sembang dengan emak Awit dan beberapa orang kampong yang datang sambil melepas penat. Atas rumah selamat sikit, kat bawah tu ada anjing berkeliaran. Tapi, aku memang respek kat depa ni – keliling rumah memang bersih sangat. Atas rumah pun kemas. Kalau kat Lemoi rumah adalah rumah PPRT, tapi depa sambung dengan rumah buluh atap daun depa tu. Rumah batu panas kata mereka. Dan aku setuju rumah buluh atap daun tu sangat nyaman. Tapi, masalahnya ni kat Cameron oiii, cuaca dahlah sejuk. Tapi tak cukup sejuk kot untuk mereka. Hmmm. Kat kampung ni, rumah semua adalah rumah buluh atap daun apa tu, entah daun nipah ke apa. Bila aku tanya daun apa, mereka jawab dalam bahasa semai. Mereka pun tak tahu dalam bahasa Melayu sebut apa. Kalau mereka tak tahu, aku laaaagilah tak tahu kan? Rumah mereka ni, siap ada bilik, dapur dan ruang tamu. Macam rumah Awit ni, ada tiga bilik lagi. 

Aku tengok emak dan kakak Awit ricik rebung tu. Masuk dalam kuali. Tuang air. Lepas tu masukkan bawang, ikan bilis dan garam. Dannnn siaplah lauk mereka. Nasi dengan rebung masak air. Emak Awit siap turun gali ubi lagi. Bakarkan ubi untuk kami. Bagi kami nasi dengan rebung. ‘Air teh kosong je cikgu...’ Kata dia dalam segan dalam malu. Kami terima dengan hati terbuka. Terharu. Rasa nak menangis. Adik bongsu Awit, makan nasi dengan selera sekali. Selang seli dengan ubi kayu bakar yang emak dia bakarkan. Dia, sekecil itu baru sahaja balik dari sekolah menempuh perjalanan dua jam. Sudah pastilah dia sangat penat. Lapar. Tapi, dia tidak merungut. Dia makan dengan berselera. Dan aku dan Fida yang memandang ini rasa sangat terharu. Kauuu, anak-anak kat luar sana. Silalah kita bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT beri. Kita sudah terlalu senang kalau nak dibandingkan dengan mereka. Mereka makan apa ada, pakai apa ada. Seadanya... dan mereka gembira.



Ni kat tengah-tengah rumah. Macam upacara pemujaan sikit sebab menurut emak Awit ada orang sakit kat kampung tu. Dalam piring tu ada makanan dan syiling.




Emak Awit jamu teh o, ubi kayu bakar, nasi dan sayur rebung.














Lepas makan nasi, makan ubi kayu bakar dan minum teh. Kami minta diri. Hulur duit RM20. Semoga dengan duit itu, dapatlah ayah Awit beli beras untuk keluarganya. Kami teruskan perjalanan. Kami ambil masa kurang lebih empat jam untuk pergi dan balik ke Kampung Cenan Cerah. 

Nahhh. Pemandangan sekitar kampung. Cantik sangat. Penat pun hilang bila tengok ini semua.














Sepanjang perjalanan balik tu, beberapa kali Wak Re dan Asrin ni berhenti. Masuk ke dalam hutan sambil terbongkok-bongkok. Bila ditanya, rupanya mereka sedang kutip daun-apa-entah. Kata  mereka boleh buat sayur.





Bila sampai, kami suruh murid-murid yang mengiringi balik mandi dan datang semula ke kaurters kami. Dengan bekalan makanan yang hampir kehabisan itu, kami masak nasi, sup ayam dan makanan dalam tin. Kami jamu mereka makan.

Perjalanan ini, walaupun memang meletihkan – tapi sekurang-kurangnya kami dapat muhasabah diri. Bersyukur dengan apa yang ada. Aku harap, nanti-nanti aku masih lagi berpeluang melawat mereka lagi. InsyaAllah.


6 comments:

Cik TeN10 said...

Subhanallah cantiknya pemandangan..nampak cam nyaman je.. Tp mmg betul pn rumah kayu lagi sejuk nak dibandingkan dengan rumah batu.. Seronok pulak baca coretan tuan rumah kat perkampungan orang asli.. :)

Btw salam perkenalan dari fatin :) teruskanlah berbakti pada anak2 orang asli tu ya

ciema said...

salam...saya shima dr jakoa hq...sblm ni saya brtugas di jakoa cameron...trharu rasanya bila baca blog ni..sbb susah nk jmpa org yg berminat nk teroka mengenai oa n berbakti dgn ikhlas... terima kasih sbb masih mengambil berat ttg mereka...lemoi mmg tmpt yg cantik...cuma jln masok tu yg x sanggop sikit...moga terus berbakti ngn masyarakat oa yer...anyway thanx a lot dr pihak jakoa...

ciema said...

salam...saya shima dr jakoa hq...sblm ni saya brtugas di jakoa cameron...trharu rasanya bila baca blog ni..sbb susah nk jmpa org yg berminat nk teroka mengenai oa n berbakti dgn ikhlas... terima kasih sbb masih mengambil berat ttg mereka...lemoi mmg tmpt yg cantik...cuma jln masok tu yg x sanggop sikit...moga terus berbakti ngn masyarakat oa yer...anyway thanx a lot dr pihak jakoa...

durrani said...

cantiknya pemandangan kat sana...sy dulu selalu berangan2 nak duduk tempat mcm tu...hehe
beruntungnya awak dapat merasa pengalaman duduk kat sana..

Syah_E @ Teejay BoyZ said...

skarang jalan da cantik smpai lemoi... cuma nk ke chenan cerah jalan kaki 2jam...

Unknown said...

Terbaikk Cikgu..