Jun 11, 2011

Piala FA Milik Terengganu

Ceee... Tajuk bunyinya tenang-tenang sahaja kan? Padahal dalam hati, hoh jangan kira dia punya letupan tu. Dah meletup-letup dah. T__T

Saya tak tengok sangat, sebab Konsert Kenangan AFNIL tu lagi menggamit-gamit. Bila iklan je saya tukar saluran. Tapi, asal saya tukar je mesti sakit hati. Daudsu masuk gol sendirilah, gol kedua Terengganulah... Sedih!

Saya jenguk twitter dengan FB je nak tau kedudukan. Saya ni ada sakit darah gemuruh... Hahaha. Sebab tu saya tidak suka kejutan. Tak sanggup nak tengok. Masa penyingkiran AF pun saya tak berani nak tengok. Super sentimental.

Tapi, yang saya menyampah bila tengok status FB - komen macam terror benar. Itulah, inilah. Kalau Hasbullah Awang ke tengok - menangis. Heheheee.

Saya memang sakit hati Kelantan kalah ni. Tapi, ada benda yang lagi buat saya sakit hati ni. Tak boleh ingat-ingat, kalau diingat-ingat boleh bawa bahaya jugak. Kata hati saya betul tentang "itu".

Apapun, tahniahlah Terengganu!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: