Mar 4, 2009

KANAK-KANAK

budak2...

comel dengan gaya mereka sendiri. ada yang tidak mahu makan - perlu dipujuk. ada yang suka menunjuk - untuk diberi perhatian. ada yang suka bermanja. huhuhu... kenapalah aku tak dapat pra sekolah ?

aku sangat suka kanak2. aku tak pernah rasa ada adik kecik. adik bongsu aku lahir masa aku umur 4 tahun. masa tu manalah aku tahu apa2. aku pun tak ingat. tapi bila besar sikit, aku rasa adik aku ni nyusahkan je. asal aku nak kemana je... dia sibuk nak mengekor. tensen. tak buleh nak menakal. tapi, bila dia tidur, aku suka pegang tangan kecik dia. sangat kesian sebab siangnya dah kena marah dek aku sebab nak mengekor je kerjanya... aku tak sempat nak menghargai dia masa dia kecik. sekarang dia dah besar panjang, kalau dia nak kahwin dulu pun aku izinkan... ngeee...

ok... aku di sk sungai raya, kg kepayang, perak. sebab cikgu pra tu bercuti. kami2 yang berempat ni diberi masuk ke kelas tu. bukan buat apa pun... cuma tengok2 cara depa belajar. belajar memahami mereka.

kesimpulannya... aku sangat suka mereka semua. comel dengan gaya mereka sendiri.




1 comment:

Anonymous said...

aku comel, ape.. huhuhu..