Mar 2, 2009

BULAN

bulan.
berikan aku hatimu.
atau setidak-tidaknya jemput aku singgah di situ.

bulan.
aku mahu tahu siapa di situ. dihatimu.
atau setidak-tidaknya yang sedang hampir ke situ.

bulan.
jika tidak mahu kau beri hatimu.
pinjamkan sahaja aku senyumanmu.

bulan.
sesuram mana cahayamu.
aku tetap menunggu.

bulan.
aku mahu kau tahu.
aku sedang menunggu.
jika tidak hatimu.
hanya secebis senyummu.

bulan.
sesuram mana cahayamu.
aku tidak akan jemu.

bulan.
jika tidak mahu kau beri hatimu.
pinjamkan sahaja aku senyumanmu.

cukup untuk memimpin lenaku lewat malam-malam itu...



2 comments:

Yana Ismail said...

weee...bulan tu orgkan?ekeke

Bungo Lale said...

bulan itu...

tettt... :p