Feb 19, 2009

BIG

lari seketika dari duka.

sekarang sedang sibuk buat persiapan untuk BIG ke pangkor. dalam masa pengajian yang singkat - banyak yang perlu dibereskan. dengan esaimen yang bertimbun. dengan segala bagai aktiviti ko-kurikulum - badan beruniform, sukan & permainan, pengurusan GERKO... huhu... aku rasa sudah tidak cukup tangan. (tapi masih juga punya masa untuk ke sini... :p)

BIG di pangkor. Bina Insan Guru. kumpulan pertama sudah pergi. dan selamat kembali. aku dan kawan2 akan menyusul. dengar macam2 cerita, tapi semua cakap best. aktiviti darat, aktiviti air, pengisian2 kerohanian... tapi selalu dimomokkan oleh pensyarah - kata depa... siaplah hangpa pergi BIG. alahhh... redah aje... kata aku. sendiri.

kpli ni rupanya macam belajar kat sekolah balik rupa2nya. kelas dari pagi sampai ke petang. jam 1700 hingga 1900 - hari isnin ada pengurusan GERKO. selasa - sukan dan permainan, aku amik hoki, rabu - badan beruniform, aku krs... dan jumaat ada olahraga. dan tadi, tengok di papan kenyataan dah ada senarai nama untuk rumah sukan pulak. aku di rumah sayap garuda, ada sayap bayan, sayap nuri, sayap helang... itu tak tau bila kala pulak. ada hari sukan ke nanti?

kalau dikira... pengajian yang melibatkan interaksi kurang lebih 6 bulan je. masuk semester dua dah start praktikum lak. 3 bulan. lepas tu cuti sebulan dan naik untuk exam. pas tu InsyaAllah... kalau tiada aral dapatlah keputusan posting.

lepas balik BIG ni, terus masuk sekolah. 10 hari di sekolah untuk PBS (Pengalaman Beraskan Sekolah). aku bersama 3 classmate yang lain kena di SK Sungai Raya. dari hulu kinta ni ke sana tak tau berapa jauh dan berapa lama. nak2 pulak lepas habis di sekolah kena masuk maktab balik - jika pensyarah nak buat kelas. tapi... kebanyakannya ada la. krs dan hoki memang sah2 ada. nak kejar credit hours... kalau kelas tak de - nak kena ganti lagi.

apa2 pun... aku tak sabar nak gi BIG. buleh lupa sekejap pasal esaimen yang berderet2 dan menimbun. hehehe...

(ni first time aku nak gi pangkor sebenarnya... huhuhu...)





No comments: