Feb 21, 2009

AKU HANYA MAHU KE SEBERANG.....HASHIM YAACOB



ku pahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu.
layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung.
panjinya kain suluk atma
bekas tangan tenunan kekasih di kamar waja.

esok, perahu akan ke air, mengharung samudera,
meninggalkan pantai.
melawan ombak dan badai.

perahuku kecil, lautnya ganas.

tenanglah laut, kuala dan muara.
ombak jangan gila melanda.
tiuplah bayu pada layarku laju.
dayung jangan patah.
layar jangan rekah.
tiang jangan rebah.

Tuhan,
aku hanya mahu ke seberang


air manik astagina
dewan bahasa dan pustaka (dbp)
1994

***puisi yang sangat memberi inspirasi kepada aku...dan aku hanya mahu berkongsi...









No comments: