Jan 19, 2013

LATIHAN MERENTAS DESA

Salam,

Sejak minggu lepas, kita dah mula latihan merentas desa. Nanti, 23 haribulan akan diadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Rasanya, hujung bulan ni akan diadakan untuk peringkat daerah pula. Kalau tahun lepas kita ada dapat tempat harap tahun ini pun begitu juga walaupun beberapa jaguh kita sudah tidak ada lagi kerana telah melanjutkan persekolahan di sekolah menengah. Harap akan timbul jaguh-jaguh baru di kalangan mereka yang masih ada.

Latihan mula jam 1730hrs. Bebudak macam biasalah memang akan lari dengan kaki ayam sahaja. Batu, pasir, kerikil, tanah tu memang tak jadi hal. Sebab dah terlalu biasa. Pakai selipar pun seakan-akan terpaksa sahaja sebab cikgu yang suruh. Kalau tak pakai mesti kena marah paling kurang. Tapi, ada je yang culas. Lepas tu kalau kantoi memang nasib tidak baiklah. Kita cuba nak menerapkan betapa pentingnya kebersihan kepada mereka, tapi nanti bila balik rumah - benda yang dah terbiasa itu tidak akan ditinggalkan. Tengoklah berapa kerat je yang pakai selipar masa kat rumah. 




Bila suruh lari - maka bertempiaranlah mereka lari. Pecut macam nak lari 100 meter. Padahal merentas desa tu. Tahun ini, GPK KO tambah jarak. Sebab nanti kalau kena wakil sekolah, jarak yang kena lari adalah lebih jauh. Kat sini, semua tahun tidak terkecuali daripada menyertai acara merentas desa ni. Kecuali murid pra sekolah sahaja. Yang lain semua kena lari.





Tapi, cikgu memang tak larat nak ikut rentak bebudak ni. Ada yang ikut lari sekali pun kalah dengan budak tahap satu. Aku dengan Fida macam biasalah. Kami ikut juga, tapi kami jalan sahajalah. Bentuk muka bumi berbukit begitu, jangan kata lari - nak jalan pun mengah. Memang mengahlah. 




Bebudak ni pulak, kalau turun bukit - speed dia jadi dua kali ganda. Kita yang tengok ni pun seriau takut jatuh tersembam. Tapi, kalau jatuh pun apa ada hal. Bukan dia tau nak serik ke apa. Sakit sekejap lepas tu dia buat balik. Sebab hujan, jalan pun berlumpur. Ada yang tergelincir. Tu yang sampai-sampai di sekolah habis comot satu badan sampai ke muka dengan selut. Tapi, ada je yang sengaja konon askar buat penyamaran - lumur selut dekat badan dan muka.




Selain dari lari tak pakai kasut atau selipar. Mereka juga cenderung untuk buka baju. Macam panas sangatlah konon-kononnya. Tapi badan memang berketak. Kecik-kecik lagi dah nampak sasa. Memang kerja berat sejak dari kecilkan.



Tapi the girls tetap menjaga batas-batas seorang perempuan. Mana ada buka baju pun. Selipar memang tak pakai la. Selut pun tak ada. Kalau ada yang comot tu, memang sebab dia jatuhlah tu. Tiada sebab-sebab lainnya.



Muka-muka penat selepas merentas desa. Nasiblah lepas tu hujan turun. Ada yang sampai awal memang selamatlah. Yang hujung-hujung sampai macam Anum dengan Sofia tu memang kuyuplah jawapnya.




Lagi satu pesen bebudak ni kalau sejuk, mesti macam ni. Duduk dan masukkan kaki dalam baju. Mesti pernah buat masa kecik dulu kan?


Aku sempat spot satu benda masa hari latihan tu. Si Saufi ni. Apasal kepala dia ada gam? Bila pegang memang dah keras dah gam tu dekat rambut dia. Bila upload dekat IG, adik aku cakap "dia buat gel rambut kot.." Terus terfikir, ha ah laaa - mungkin yaaa. Dia nak buat macam gel sebab rupa bentuk gel rambut dengan gam tu kan lebih kurang je? Hahahaha... Saufi ni memang lain sikit daripada yang lain. Dah tahun dua pun dia. Nantilah, kalau ada masa nanti aku buat satu entry khas untuk dia. Untuk dia, hey... untuk dia, hey... Hahaha, pasal lagu ni - sorrylah aku teringat sebab masa masuk tahun dua ajar BM tu - Shahanorliani nyanyi lagu ni. Tapi hey dia tu macam tertahan-tahan sikit. Comel.


 Okay. Itu sahaja nak cerita buat kali ini.

p/s: Aku sangat terharu dengan kalian yang menghantar emel kepada aku untuk menderma pakaian buat anak-anak di sini. Sesungguhnya, kecil tapak tangan - landing zone Lemoilah kami tadahkan. Terima kasih untuk kemuliaan hati cik-cik dan puan-puan yang budiman. Hanya Allah SWT sahajalah yang dapat membalasnya. Kat rumah ni pun dah ada sekotak dan satu beg yang didermakan oleh kawan-kawan aku iaitu Ayu dan Azrin. Belum boleh bawa masuk lagi. Barangkali tunggu sekali dengan barang-barang sekolah yang lain yang hendak dibawa masuk Tunggu sekolah sewa pacuan empat roda dulu. Mungkin lepas raya cina. Terima kasih kalian :)




2 comments:

InaAchik said...

alahai... comelnyer...

#baca sambil lap air mata.

cikgu bungo lale meme hati emas.

:: puterism :: said...

dia org mmg xde gemuk, kan? oh, insaf. *sambil tgk badan sendiri*