Nov 4, 2012

Berikan Aku Setahun Lagi...

Berikan aku setahun lagi di sini. 

Aku masih mahu menabur bakti di sini. Aku masih mahu berkongsi rasa di sini.

Melihat anak kecil yang baru sahaja balik dari asrama dengan berjalan kaki meredah hutan belantara, bukit-bukau, sungai deras - selama hampir dua jam. Menikmati hidangan tengahari yang disediakan ibu - sepinggan nasi berlaukkan rebung dan seketul ubi kayu bakar. Tiada rungutan. 



Aku mahu terus nikmati pemandangan ini.



Aku mahu terus ajar mereka tulis - baca.


Aku mahu terus bersama mereka. Dalam susah - dalam senang, dalam tangis - dalam tawa...

Berikan aku, setahun lagi di tanah ini...

8 comments:

norizan said...

Syabas atas ketabahan dan kegigihan.

Anonymous said...

dah lame tunggu entry baru. how i admire ur hard work and passion!:)

Anonymous said...

she's really working on it..due to internet connection..butt..she's promised to get back soon..cheerss!! :)

nqr said...

sebak dada baca, cant wait to go back to malaysia! memang nak melawat. insyaAllah..

Anonymous said...

mudah mudahan di permudahkan Allah segala urusan kamu... :)

Mrs Jun said...

tahniah cikgu... terharu sangat baca blog cikgu... admire your hard work.

:: puterism :: said...

tahniah cikgu.
kagumnya!

che'gu sabri ptp btpn said...

Tahniah Cikgu, syabas di atas pengorbanan , saya cuba goole lokasi x tak jumpa. Harap satu hari nanti saya sampai juga di SK Lemoi,

Cg Sabri - BTPN TRG.
Saya dapat buku Lemoi dari Pn Husna
Wife cg Omardani.
hp saya 0169501122

tq