Nov 2, 2011

Sukantara

Minggu-minggu terakhir persekolahan, masih ada beberapa aktiviti yang perlu dijalankan. Salah satunya adalah Sukantara Asrama, yang diadakan sekali dengan Sukan Pra dan Sukan Kelas Dewasa Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli Penan (KEDAP).

Acara-acara Sukantara yang dipertandingkan adalah berbentuk Sukaneka. Selalunya, penduduk kampung juga akan ikut terlibat. Pihak sekolah juga akan menyediakan beberapa acara dan hadiah untuk mereka. Hadiah pula akan berupa makanan seperti makanan ringan, maggi, sardin, susu, gula, beras dan sebagainya. Tapi untuk kali ini, sekolah buat sedikit pembaharuan. Hadiah berbentuk jag, bekas air, bekas makanan dan didalamnya diisi dengan makanan.

Setiapkali ada acara di sekolah, penduduk ketiga-tiga kampung iaitu Kampung Lemoi, Kampung Telimau dan Kampung Cenan Cerah akan beramai-ramai datang. Penduduk Kampung Telimau dan Kampung Cenan Cerah sanggup berjalan kaki dan membawa bersama anak-anak mereka dari yang besar sehinggalah yang sekecil-kecilnya. Bila tengok rasa kasihan pula pada anak-anak kecil yang dikendong atau yang ikut berjalan kaki. Mesti penat sebab perjalanan bukan dekat.

Cuaca hari ini elok. Sukantara berjalan lancar. Murid-murid gembira, orang kampung gembira dan guru-guru boleh menarik nafas lega. Esok, kami akan bergotong-royong mengangkat pasir daripada sungai untuk membina sebuah court sepak takraw untuk murid-murid.

No comments: