Feb 13, 2009

PITCHING OUT !!!

kelas yang paling aku enjoy dan setakat ini tak ada esaimen pun lagi adalah kelas muzik. sebab kelas aku diwajibkan ambik minor muzik.

walaupun aku suka dengar muzik. aku tak boleh nak berenggang dengan mp4 - tapi aku tak ada bakat pun nak menyanyi. huhuhu...

minggu ni dah dua kali kena test pitching. selama ni duk tau sebut je - menatang pitching tu sampai la pun aku tak tau maksud dia. masa first nyanyi - lagu yang aku tak pernah dengar - tajuk dia gunung kinabalu. en samsi sengih2 je masa aku nyanyi. katanya pitching aku out. hahaha! nasib masa dia test tu kat dalam bilik yang sekali masuk dua orang je.

semalam - kelas hj mior. lagu dia - ayat2 cinta, beb. aku selalu dengar tapi tak pernah nak ikut2 nyanyi pun. nyanyi lagi. mula2 ramai2. lepas dia main aci rambang je sebut nama siapa2. aku kena nyanyi. sekali lagi pun sama - pitching out!

jadi, aku memang tak ada bakat nak menyanyi. melalak boleh... hehehe...

tapi, macam2 mana pun, kelas muzik memang enjoy. kena kelas lain semua nak kena buat presentation. jenuh... dengan aku yang zero pengalaman dalam bidang ni. tapi, aku ambik semua tu sebagai satu cabaran. aku tak mau mengalah. aku takkan berpatah ke belakang.

esok2 agaknya... macamanalah aku nak ngajar murid2 menyanyi ye?

2 comments:

Yana Ismail said...

huhu..akak!mcm menarik je ajar muzik..huhu

Bungo Lale said...

menarik tu memanglah... tapi tiapkali nyanyi pitching ke laut ni dik... huhuhu...