Jun 29, 2009

ketensenan melanda... lalu tulis n3 merapu ini...



handphone lina tak berenti duk ... 'aku... kan menjadi malam2mu kan menjadi mimpi2mu, dan selimuti hatimu... yang beku...' (tengok tak pasal2 gue dah dapat hafal lagu jiwang tu - jatuh status gue sebagai underground... - membuktikan betapa kerapnya handphone beliau berbunyi ye kawan2.) cehhh... sumpah, rasa cam loser pulak. handphone aku duk diam seribu bahasa. kaku. bisu dan kelu. sebab tu suka-suki kacau orang dengan sms yang tak bermutu tinggi - tak tahu kot2 orang yang kena kacau tu sumpah menyampah dengan aku. wuwuwu... (apakah?)

aku tak ada kerjakah sekarang? masih bersenang lenang berblog hopping sesuka perasaan tanpa ada gangguan dari mata2 keranjang ? hehehe... tengah buntu. sumpah buntu. buku rancangan mengajar ternganga dengan hanya terisi butiran am sahaja. yang lain mana? pergi mana dengan fokus utama? fokus sampingan? objekif... arghhh... gue yang tak boleh nak fokus nie. biar berdentam system of a down kat telinga pun - idea tak mari jugak kawan. duduk diam2 pun sama jugak. dari tadi duk tak sampai sepuluh baris itulah. aduyaiiii... rasa nak pergi lepak kat bendang. pancing ikan tongsan dengan anak2 dia. hahaha... main sedap tulis aje, tahukah bagaimana rupa paras ikan tongsan itu? jangan kata ikan tongsan... ikan kembung pun gue tak tahu. kalu pergi pasar nak beli ikan, tanya dulu brader yang jual ikan... 'ikan apa ada bang?' walhal ikan punyalah cantik berkumpul di depan mata menanti untuk dipilih saja. sumpah menyampah abang yang jual ikan dengan aku yang lupa daratan. hahaha...

dah seminggu lebih kat sini. bila tah nak pergi lepak kat tepi bendang tah. lepak sambil minum kelapa lemon agaknya mengasyikkan juga ye? macamana nak lepak, asal balik sekolah, solat - terus cari bantal. tidur ahhhh... macam penat sangat ajer gayanya. petang - bangun - solat asar - jalan kaki pergi makan nasi dengan puyuh goreng hangit kat kedai tomyam (kedai nama apa benda tomyam tah, tapi ada juga menjual makanan2 lain yang jadi kegemaran rakyat malaysia - roti canai misalnya ) di seberang jalan. sambil lepak2 dengan pakcik2 yang ralit tegok gusti sambil minum kopi dan makan kacang ngan yin. kami berempat ajo yang perempuan ehhh, yang lain semua lelaki yop.

balik umah... pening2 fikir nak buat rph lak. tunggang langgang rumah jadinya. tapi suriati bantai tidor aje. beliau memang bermasalah sakit kepala yang kronik oke... beliau tidor sebab beliau sakit kepala la tu. abaikan...

tue handphone lina bunyi lagik. lina... bile mu nak tukar lagu? gue dah buhsan dengar lagu itulah... hahaha... entah2 lina pun buhsan jugak dengan message alert aku... jai ho... u r the reason i still believe... duk jai ho, jai ho... - mas pernah sound aku 'tak sedap ahhh lagu tu...' hahaha... apabila ustazah bersuara. aku lalu tunduk dan malu. cehhh... tak ada maknanya nak malu2. geli ahhh...

susah weh nak cari car wash kat sini. err... susah ke? hehehe... memang ah susah, sebab tak pernah cari. cari dalam mimpi memang la tak jumpa. nge... si piyu yang kaler biru itu udah kotor amat sehhh. dah jadi kelabu. dengan pasir2 habis masuk dalam kereta. macam rumah kat pantai ajo... pak cik sidik ni lah, ada ke patut dia letak pasir kat laman umah. tak pasal2 si piyu masuk pasir. huhuhu... kalau pak cik sidik baca blog aku - sure dan2 tu jugak halau aku keluar. hahaha... alaa, piyu kotor bukan sebab pasir ajo. dah berzaman gue tak mandikan dia. dah ada najis mutawassitah dah pun - kat bumbung - kat cermin... ngee, tapi saje aku buat2 tak nampak. kesian piyu dapat tuan pemalas macam aku. errr... sorry eak piyu.

dah la... makin lama makin merapu ajer. baik blah dulu sebelum macam2 cerita masuk dalam ni. lalalala~~~

meh layan avenged sevenfold sampai mp4 habis batt. yayyyy!!!



1, 2, 3, 4... sayang semuanya... lalala~~~



1.

rais duduk belakang. aku round saja - tengok murid2 menulis. bila aku lalu tepi rais dia macam menulis. bila aku pusing sekali lagi - dia padam. dua tiga kali dia macam tu. aku biarkan. aku ke depan. bila ke belakang - kawan2 dia yang duduk di hadapan dia sibuk bagitahu apa yang tertulis di papan putih. bila aku hampiri, azlan dan haziq cepat2 pandang depan. aku mendekat rais.

'rais kenapa?'

'dia tak nampak cekgu...' sampuk azlan.

'cekgu bacakan untuk kamu.' rais diam. aku pun bacakan apa yang tertulis di papan putih. ustazah hidayah yang menulis.

'mata kamu kenapa rais?'

'buta.' aku terdiam. buta?

kata rais. dia kena kanser. aku amati dia. ye... sebelah matanya palsu. aku kagum semangat dia.

2.

tadi keluar pergi makan. niat dah lama dah nak menegur atuk yang duduk umah sebelah. tapi niat murni itu tak tercapai. atuk sedang mengelap keretanya masa kami lalu. aku beri salam. beliau menjawab.

'masuklah... opah ada kat dalam. opah sakit.' pelawanya.

kami masuk. opah sudah tua benar. kaki opah tidak kuat lagi untuk berjalan. ada kerusi roda di sudut rumah. ada juga tongkat. anak ke3 opah ada sekali masa kami bertamu. kami sembang2. anak opah beritahu - mereka 9 adik beradik. semua sudah berumah tangga. nak menjenguk orang tua selalu masing2 punya komitmen kerja dan keluarga. patutlah rumah itu sunyi benar. kami tak pernah nampak kelibat orang lain di luar kecuali atuk sahaja. kata anak opah lagi, atuklah yang jaga opah - jaga makan opah, jaga pakai opah, malah mandikan opah juga.

aku kagum dengan atuk. dia setia dengan opah. saat susah - saat senang.

3.

kelas muzik 1 Bestari. aku fikirkan senang sahaja nak mengajar budak2 menyanyi. memang ye, nak ngajar tu senang - tang nak mengawal tu yang payah. masing2 sangat aktif. masuk bilik muzik - boleh panjat2 meja, ada yang baring... kejap2...

'cekgu... dia sorok kotak pensel kita.'

'cekgu... dia amik kertas kita...'

'cekgu... kita nak kencing, tak tahan dah ni...'

cekgu itu... cekgu ini... dengan suara pekik2. aduyaiiii... susah woo nak kawal depa. nak bagi depa dengar cakap kita lagi satu hal. bila kita bukak lappy depa datang kerumun...

kat kelas ni, nama yang selalu aku sebut (errr... buleh juga kalau nak kata jerit ye. sebab volume memang lebih hangat daripada biasa...) adalah aiman. bila aku masuk kelas. dia lari pergi gayut dekat tangan aku. bila aku ngajar dia sibuk cerita pasal 3 ultraman lawan seekor raksasa. bila aku pusing depan, dia panjat meja. bila aku dekat dia main lari2. sabor ajer laaa...

kat kelas 4 Inovatif - nama paling glamer, fahmie. sikit2 fahmie. sikit2 fahmie... bukan sebab aku suka dia. tapi sebab dia jenis tak menumpukan perhatian. dia suka jalan2. dia suka sembang2. dan dia suka diberi perhatian. nak takel dia - suruh ajer dia duduk depan. kemain lagi dia - seronok.

kat kelas 3 Bestari si naim. naim ni depa gelar mr bean. pasal apa aku tak sempat selidik lagi. naim suka jugak bercerita. bila suruh cakap depan kelas saja buat2 tak tau. naim pernah tanya aku...

'cekgu pernah pergi lombong tak?'

'tak pernah...'

'best cekgu... kat lombong, ada ikan tongsan dengan anak2 dia.'

apakah?

tapi, walau macamana sekalipun depa. nama aku nak give up tu tak adalah. malah rasa semakin bersemangat. memang tadi lepas habis kelas 1 B, aku rasa tensen sangat. sakit2 tekak aku suruh depa diam. tapi tak maunya depa duk diam. kejap ajer kalau diam pun... lepas tu habislah keluar segala cerita ultramanlah, ikan tongsan lah...

tak apa laa... belajar daripada pengalaman. ecewahhhh...

4.

aku pergi sekolah bawak beg galas saja. pijah pun bawa beg galas. tapi beg galas pijah besar. tak cukup dengan beg tu, pijah ada beg celoreng warna pink yang harga rm5.90. beg itu pijah beli di kuala kangsar. aku dengki juga sebab pijah boleh beli beg murah. aku pun pergi teluk intan. niat aku nak beli beg yang harga rm3.90. nanti nak mms kat pijah. dan dengan riaknya memberitahu beliau yang beg aku lebih murah. tapi... sebabkan niat tak baik, carilah satu bandar terluk intan... memang tak ada pun beg yang harga rm3.90.

ehhh... ini bukan cerita beg harga rm3.90. ini cerita lain. cerita beg pijah yang besar tu. yang tak cukup dengan beg itu pijah bawa pula beg bimbit kaler pink harga rm5.90 itu. sebab beg pijah besar... maka adalah murid2 yang macam pelik. lalu menegur pijah... 'cekgu nak balik kampung kah?'

hahaha... entah lawak ke tidak, tapi bagi aku. dan bagi pijah memanglah lawak.

oke... sekian.





Jun 28, 2009

menda entah...



semalam tido jam dah 0330hrs kurang lebih. berblog hopping sepuas2 hatinya. giler balas dendam. ye lahhh, nanti balik chenderong balai dah tak buleh nak update2 blog lagi dah. huhu... dem tensen sehhh...

semalam berpoya2 meronda2 ipoh - macam rindu banget ngan ipoh (konon! cehhh...). lepak2 ngan pijah ngan m... pergi mana ajer pun - setakat gi gerbang malam ngan dataran ipoh ajer. itu ajer kot tempat2 yang happening kat sini. niat gi gerbang malam sebab nak beli beg belang2. minggu lepas tengok macam cantek je. tapi tak terbeli. semalam pergi tengok cam buruk lak pulak kalernya. warna terang2 giler. kalau aku beli, memang giler buang tebiat dah - sejak biler laa pulak gue tukar imej . hahaha... geli ah. kaler terang2 ni aku suka kaler merah ajer. giler suka punya. kalau buleh semua benda nak kaler merah. tapi si piyu kaler biru. dulu nak beli piyu kaler merah - tapi stok kena tunggu. tapi aku memang tak reti nak sabarlah pulak. takperlah... kaler si piyu ajer yang terkeluar dari tajuk. yang lain maintain nak kaler merah. (gue suke lelaki pakai baju t kaler merah... ahahaha... - tetiba lak keluar tajuk nih. tak per la... nak cakap jugak. lelaki pakai baju kaler merah ni nampak ganteng ajer. nampak menyerlah. macho. sangat... ) tapi, baju t aku kebanyakannya kaler hitam, selai dua kaler merah... (gue pakai hitam sebab gue underground... hahah!)

bila dalam proses nak jadi cikgu nie pun, aku rasa dress up aku tak macam cikgu ajer. kalau keluar - baju t lengan pendek, jeans ngan selipar jepun. pun dah rasa hebat sangat dah. cuma kadang2 nak pergi jauh2 dan rasa ada mood nak melawa (kunun) pakai kemeja ngan jeans ngan sandal. itu memang rasa hebat sangatlah tu... hahaha... tapi, sekarang setakat pergi balik teluk intan memang setakat baju t ajerlah. (gue memang bukan jenis yang suka melawa - lipstick, mascara, eye liner, eye shadow, pemerah pipi dan perkara2 yang sewaktu dengannya memang tak ada dalam kamus hidup gue. maintenance gue tak tinggi... ahahaha...;p) kadang2 malu bila pakcik makcik kat sana duk tegur 'cekgu nak g mana?' 'makan apa cekgu?' 'buat apa cekgu?'... giler besar rasa mandat aku time tu. tapi paling best bila murid2 panggil... 'cekgu...' - rasa nak mengajar sepanjang hayat ajer. hehehe...

dah lama tak ym. tadi pagi bukak my best friend tegur. esey. aku kawan n buleh jadi kamceng ngan dia masa ROTU. perghhh... kangen juga masa jadi ROTU. masa comot2 dulu. betul... giler comot ah... masa tu nak tido pun mana2 pun buleh, atas rumput, tepi padang, tepi longkang... semua jadik ajer. janji dapat tido je. tak tau macamana buleh ngam ngan esey. sebenarnya, aku tak pernah panggil esey as my best friend pun, tapi kawan2 lain semua cakap aku ngan esey kawan baik. kalau depa tak jumpa cari esey - depa tanya aku. gitu juga sebaliknya. sekarang pun antara kawan2 yang tak pernah lost contact ngan aku adalah mamat ni jugak. tapi dek kesibukan, nama nak call atau nak sms selalu tu tidak dapek la. cuma kadang2 ajerla. tapi, cukuplah kalau tahu kawan ketawa kawan menangis. bukan senang nak cari kawan yang cenggitu. kadang2 time ketawa ajer ramai. biler nanges sorang2 jugak ah. tapi ngan esey ALHAMDULILLAH... beliau ada di saat memerlukan.

ehhh... tanpa duduk diam jam pun dah 1206hrs dah. maknanya petang ni nak kena balik teluk intan dah. wahhh... tetiba rasa sedeh semacam lah pulak. aduyaiiii... pijah pun duk menggelupur tak nak balik kk. aku takderlah menggelupur. tapi sedeh sket2 ada ar. nanti kangen lagi sama ipoh... kangen sama m... ahahaha...

okaylah... nak chow dulu. siap2. angkut barang kat rumah jap. sapedek jap. pergi taman cempaka jap (nama je taman cempaka ye, tapi gue dah survey - sebatang pokok cempaka pun tak ada di sini oke...) sebelum tiba detik perpisahan. wahhhh... emo pulak dah.

okelah... sebelum melalut lebih2. aku chow dulu la...



Jun 27, 2009

weeeeehuuuuu...



giler lama tak update blog. kangen banget... hehehe... memang banyak sangat benda nak cerita. dan nak dijadikan cerita - di chenderong balai, celcom broadband hanya jadi perhiasan. cehhhh...

ya... begitulah ceritanya. aku dah start praktikum sekarang - lepas cuti panjang tiga minggu yang hanya menggemukkan aku itu. (hahaha... serius, aku gemuks sekarang. masa balik kampung hari tu, semua pun duk cakap benda yang sama... adehhh... aku kena ambik langkah drastik nampak gayanya untuk mendapatkan shape seperti suatu ketika dulu. agaknya, boleh kot tercapai sebab masa praktikum ni hanya makan pada waktu rehat. itupun tak makan nasi, makan mee kari, makan mihun sup... errr, gamak2nya benda ni bisa menggemukkan nggak? huhu...)

hari ahad lepas, kami (aku, lina, mas dan su) bertolak jam kurang lebih 1400hrs dah. yang kunun2nya nak gerak jam 1200hrs tu... (lina ler, tetiba lak nak gi jj. dan aku yang malas2 nak angkut barang2. sekali kelam-kabut angkut barang sampai sakit tangan beb...). sampai chenderong balai, terus telefon pak cik sidik. dia datang hantar kunci... lepas tu bermalas2 lagi dalam rumah. barang2 bersepah ajok dalam kereta. tapi bila tengok su ngan mas duk sibuk ngemas2, aku pun buat2 sibuk ajerla (padahal... hari rabu baru siap kemas barang2 aku... haha, giler pemalas!)

aku suka kat sana. best. aman. damai. tenang. kampunglah katakan... dengan sawah yang menghijau - terbentang luas, saujana mata memandang. (ok... aku ngaku aku jakun. even, aku pun orang kampung. tapi kampung aku hutan ajer...)

pagi2 pergi sekolah, saja bukak tingkap kereta luas2. dia punya angin sejuk, berkabus, dengan embun2 kat hujung daun padi... perghhh... sukeeeee sangattttt suasana tu. balik tengahari kena tutup tingkap jugak sebab paneh giler... tapi bila petang, naik motor ngan lina... best, best, besttttt...

murid2 kat sk sungai tungku ni majoritinya anak2 pesawah. ada sikit2 anak pemandu, pekerja kilang... dia punya ramah... memang tak dan nak melayan. yang lawak, masa hari rabu hari tu, aku ngan lina pakai uniform krs - depa tak pernah tengok, cikgu2 depa pakai baju biasa ajer kat sana. depa siap tabik kami. bila masuk kelas... belum sempat bagi salam dah berlumba2 nak salute. hehehe... chumel sehhh depa... aku dapat kelas 1 Bestari, 3 Bestari dan 4 Inovatif. kat sana, kelas yang depan tu kelas Bestari. yang kelas Inovaif tu kelas belakang. aku dah aim dah 2, 3 orang murid yang memang trouble maker... huhu... cane lah nak tackle depa ni. next week dah nak kena observe dah. tapi, nasib guru pembimbing oke. dia pulak yang sibuk jumpa kitorang bagitau itu.

dalam pada seronok kat chenderong balai tu, aku kangen juga dengan ipoh. rindu pada giant. rindu pada lake view... rindu pada kawan2. haihhh...

jadinya, lepas sekolah tadi (ingat nak pecut balik ipoh terus, tapi mata ngantuk. serius. sepanjang minggu kat sana - satu malam pun aku tak dapat tidur dengan lena. aku rasa tak selamat. rumah tu rumah batu. rumah kampung. aku tidur kat atas karpet kat ruang tamu aje, sebab toto tak bawak. huhuhu.. yang jadi tak lenanya, macam yang aku cakap tadi... rasa tak selamat. rasa anytime jer ada orang boleh masuk. rumah atas tanah macam tue, dengan pintu - tingkap semua tak bergrill, tak ada penyelak tambahan... rasa macam ada jer orang intai dari tingkap. tingkap cermin lak.) okay, dah melalut dah tu... sambung balik, jadinya, lepas sekolah tadi... terus balik umah. tidur dulu. dapat sejam jadilah. tapi, tak sampai sejam pun... dah last2 tu jer baru dapat tidur. tersedar sebab lina dah macam kelam kabut bangun. lepas mandi dan solat... memecut ke ipoh. lupa dah perut lapar. sampai gopeng, perut dah berkeroncong. jadi, singgah ajer di petronas - beli air milo ngan roti. makan. kenyang. perut lega. sambung balik perjalanan.

yana mintak amik dia di medan kit. otw saja. amik yana. pergi taman cempaka, nak fotostat segala macam benda itu. beli barang2 nak buat folio. dan balik ke ulu kinta dengan jayanya...

skang kat rumah pijah. update blog ini... gue kangennnnn nak blog hopping neh... takpe, malam ni, konfem... pulun.




Jun 2, 2009

tak hormat orang ?



aku dah kat kl. tadi temankan adik pergi buat kiriman wang untuk ambil exam muet. aku pergi pejabat pos yang kat sebelah petronas setiawangsa.

aku amik nombor. tengok2 skrin, lagi dua orang dah tiba nombor aku. aku pun kelam kabutlah nak isi borang kiriman wang tu. tiba2 ada pakcik kat kaunter yang kitorang duk menulis tu sound.

'kalau tak reti hormat orang, memang buat kerja satu apa pun takkan jadi.'

err... aku dengan adik pandang pakcik tu dengan muka tak faham. memang dia sound kitorang. tapi, apa yang kitorang dah buat sampai dia cakap kitorang tak hormat dia? tapi... sebagai anak malaysia yang bersopan santun, kitorang pun mintak maaflah even kitorang tak tahu apa salah kitorang pun. tapi dia sound balik...

' saya tak marah, saya cuma cakap... kalau tak reti hormat orang memang buat apa pun tak jadi.' sambil mata dia jeling kat borang muet adik kat atas kaunter menulis. lepas tu dia blah. volume boleh tahan pulak tu. dah habis satu pejabat pos tu tengok kitorang. bengong betul...

aku dengan adik tertanya-tanyalah. pa benda kitorang dah buat? jenuh recall. jenuh flashback. jadi kami rumuskan begini.

  • dia marah sebab kami tak tegur dia. 'assalamualaikum pak cik, pak cik apa khabar? dah makan? boleh kami tumpang kaunter ni?'
  • dia marah sebab kami bising kot. errr... tapi volume memang dalam kawalan je tadi.
  • dia tak ada ruang nak menulis kot. sebab adik letak fail saiz a4 atas kaunter tu. jadi menyempitkan ruang dia nak menulis.
  • kami tak senyum kat dia.
  • dia memang ada tekanan perasaan.
haihhh... entahlah. walaupun ada rasa tak puas hati, tapi perayalah kami tak berniat pun nak berkurang ajar. bengang juga sebab dah termalu kat situ. nasib baik tak ramai orang kat pejabat pos tadi. rasa nak keluar kejar je pakcik tu dan tanya balik kat dia apa yang kami dah buat sampai dia rasa kami tak hormat dia. dahlah... macam memberi sumpahan kat adik yang nak hantar borang muet tu.

tak apalah pakcik... mintak maaf banyak2 nooo... 



Jun 1, 2009

hari ahad



adik dah sampai dari kl. tadi pagi, yang tak berapa nak pagi dah... aku angkut dia, pijah dan mastura gi makan kat mamak. hahaha... dah nak habis sem satu baru sempat merasa makan breakfast kat ulu kinta ni... sepanjang2 ni, jangan haraplah muka aku nak ada kat mana2 kedai untuk breakfast. tidur lagi enak... errr, tapi lepas solat subuh lah. ye la... selalunya kalau aku hari2 cuti kat sini, pukul 10 - 11 pagi baru reti nak bangun tidur. lepas mandi, kalau rajin aku bancuhlah milo minum sama biskut iko. kalau tak rajin minum air mineral je lepas tu terbongkang depan tv tunggu pijah roger nak ajak gi makan tengahari. lepas makan tengahari balik rumah, kalau ada kain baju nak basuh masa ni lah baru terhegeh-hegeh nak basuh. kalau tak duk la buat esaimen sambil mata duk tengok tv jugak. lepas maghrib pulak baru jumpa makanan. selalunya cuti2 rumah sewa aku memang tak de orang. semua dah berdesup balik kampung - maklum je le... depa semua ada family. aku aje yang lone ranger. giler sunyi kalau hujung minggu, sebab tu aku selalu heret si pijah temankan aku tidur kat rumah aku.

back to kedai mamak pagi tadi ye. lepas makan tosai sekeping sorang. singgah giant tambun yang jadi tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat membeli-belahan selama 6 bulan kat sini. hehehe... tujuan ke sini temankan pijah gi beli kertas a4. dan adik aku yang nak beli toto harga 37rm. giler murah aku rasa.

lepas tu balik aje rumah, aku terus ngadap lappy usangku. siapkan esaimen. macam2 manapun kena siapkan jugaklah coz esok dah nak kena hantar dah. giler pulun... sampai tak peduli makan minum lagi dah. sampai tertidur2 adik aku. zalim betul. 

dah malam baru nak merayap keluar cari makan. port best malam tadi adalah kat liswan. air limau ais dia memang A+ lah. haaa... aku pun jumpa la ngan adik angkat aku tadi kat situ. rupaya... dia yang hari ini - yang 24 tahun ni, sama ajer ngan dia yang 18 tahun dulu. yang kali pertama aku jumpa tu. tapi, bile tengok gambar2 dia kat handphone dia... rupanya dah ada transformasi. dia sedikit berisi dulu. balik dari timor leste ni ajer baru nak kurus katanya. ohhh... tak apa lah. mana2 pun janji sehat walafiat ajer.

balik makan. mastura ngan pijah tunggang langgang siapkan esaimen. aku bantai tidur dulu. tetiba rasa ngantuk giler. tapi baru je nak lelap mata ada sms masuk. baru nak lelap mata ada sms masuk. si adik angkat itu la. masih duk bertanya itu dan ini. tak buleh nak sound, dia ni sensitif sikit. bayangkan aje tadi pagi masa dia call and dia tanya aku buat apa, then aku jawab aku buat macam2... pun buleh dia sentap. haihhh... aku kan ganas. cakap macam gitu kira sangat normal dah. ehh... tapi kan lepas tu aku terlelap juga. sms dan diam. aku syak dia dah tertidur la tu. dekat pukul 0130 aku sedar balik. terus tunggang langgang siapkan esaimen. memang giler last minute person betul aku ni. ngeee...

dan tadaaaa... sekarang dah siap. ngadap blog dulu sebelum melangkah ke bilik tidur. itupun kalu sempat melangkah, kalau tak sempat... tumbang kat ruang tamu rumah pijah yang berselerak ni pun kira jadilah. hehehe... kena update blog banyak2 sebab nanti balik kampung tak tahu aku sempat gi cc nak update blog entah tidak. huhuhu...

okaylah... nak jalan2 blog lain pulak ah...